Breaking News

Tuesday, October 28, 2014

My Dear Warehouse Sale 2014 Kembali

My Dear Warehouse Sale

Assalamualaikum w.b.t

My Dear warehouse kembali lagi.. Banyak barangan Bayi dan kanak-kanak boleh didapati di My Dear warehouse dengan diskaun yang agak menarik...

My Dear Warehouse Sale 2014 Kembali

Tarikh Promosi :
23 Oktober 2014 - 02 November 2014

Lokasi:
Meranti Jaya Industrial Park 
47100 Puchong, Selangor, Malaysia
+60 3-8060 0093

Read more ...

Sunday, October 26, 2014

Giveaway Anniversary Kisah Tatie 2014

Giveaway Anniversary Kisah Tatie 2014

Syarat:
1) Like FanPage Kisah Tatie:
2) Follow Instagram
3) Jadi Top Pengomen
Hadiah-Hadiah Giveaway Kisah Tatie

1) Jam Ice-Watch Yang Berharga RM388
Giveaway Anniversary Kisah Tatie 2014

2) Handbag jenama XES Signature yang berharga RM179.90
Giveaway Anniversary Kisah Tatie 2014

3) Simcard & Topap RM50 Digi
Giveaway Anniversary Kisah Tatie 2014

4) 5x Fridge Magnet dari beberapa tempat
Kuching, Australia, Philippines, Dubai & London
Giveaway Anniversary Kisah Tatie 2014

*Barang-barang lain tu kira hadiah sampingan sahaja*

TAKE NOTE :
Semua hadiah 100% daripada gambar di atas
Semua barang di atas adalah baru dan tidak pernah digunakan

_____________________________________________
Giveaway Anniversary ini bermula dari
26 October sampai 26 November 2014

Sebarang pertanyaan boleh email

sweet_tatie88@yahoo.co.uk

Selamat Mencuba 
Read more ...

Saturday, October 25, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih


Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Read more ...

Friday, October 24, 2014

Tawaran Biasiswa TPM 2015

Tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Uitm 2015

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Biasiswa TPM uitm 2015
Sistem Permohonan TPM

Bagi yang hendak menyambung pengajian di peringkat MAster Dan PHD serta berminat untuk menjadi Pensyarah boleh mula memohon Tawaran Biasiswa TPM dari Uitm 2015 bermula hari ini 24/10/2014 sehingga 07/11/2014..Iklan TPM

Untuk Maklumat Lanjut: Klik DISINI
Read more ...

Thursday, October 23, 2014

Kos Rawatan Di Prince Court Medical Center

Caj Rawatan Pesakit Luar Di PCMC

Assalamualaikum w.b.t..

Jika Keluarga anda mengalami masalah kesihatan, di manakah klinik atau hospital yang tuan/puan akan pergi untuk mendapatkan rawatan?

Baru-baru nie, Anak cheq mengalami Demam dan Selsema, Harinie nak update tentang kos rawatan di Hospital... Kami ada pergi Prince Court Medical Center (PCMC) untuk mendapatkan Rawatan bagi Baby Demam...

Bagi kos rawatan, dibawah, cheq ada bgi detail harga untuk rujukan jika pergi ke sana..
Kos Rawatan Di PCMC
Caj Rawatan di PCMC
Klu tengok pada harga tu, lebih kurang caj jika kita pergi ke klinik mana-mana.. Bagi cheq, agak berpatutan sebab kami pergi pukul 11 Malam...

Detail Caj:

Konsultation   : RM 53.00
Oleh DAtin Dr. Wan Azfa Farahiah 

Medical & Surgical Supplies : RM25.45 - 
Yang nie kita dibekalkan alat nebulizer dan boleh dibawa balik.. Difahamkan benda nie boleh digunakan dalam tempoh 2 minggu.. Jika pergi buat rawatan lagi, caj nie akan dikeluarkan sebab guna alat sendiri kan...

Nursing Procedure  : RM 10.00 -  

Pharmacy - RM 37.65
Yang nie, aku dibekalkan 4 Ubat. 
1) Ventolin - untuk proses nebulizer
2) Ubat Demam - Paracetamol
3) Ubat Selsema - Iliadin
4) Ubat batuk - Lupa nama ( cheq x guna pon sbb takut nak bagi dekat baby)...

TQ..
Read more ...

Tuesday, October 21, 2014

Fulltime House Husband

1st Time Jadi House Husband Bersama Baby

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat lepas dah bawa A'sim pergi Hospital untuk buat Rawatan Nebulizer, sehingga Sabtu kami masih di Negeri Sembilan, Umah mentuaku sebab nak sambut kepulangan Mentuaku dari  Tanah Suci Mekah (Baru balik buat Haji).. suhu A'sim masih sekitar 38 - 39,demam dia belum kebah.. Risau gak dah 4 hari demam nie..Sebab cuti tahunan cheq masih banyak, kami buat keputusan untuk cheq ambil cuti hari isnin sebab nak jaga A'sim... 

Awal pagi, selsema dan Batuk A'sim masih teruk.. Cheq terus hidupkan sterilizer yang diletakan bawang putih untuk hasilkan wap, pastu tekup muka baby.. Meraung la dia, tapi kene sabar la sebab nak bagi cepat sihat.... Bagi jer susu terus tido, lega gamaknya hidung tue.

Pagi dalam pukul 9 Pagi macam tue, A'sim dah bangun, terus bawa pergi mandi dengan air suam.. kali nie, kene cepat bag susu untuk pujuk dia makan ubat (paracetamol - 2ml)

Ubat Baby Demam
Paracetamol 2ml
Tapi part nie la yang paling susah, selalu mesti dia luah balik ubat tue.. cheq rasa manis jer.. hehehe.. Tapi alhamdulillah, A'sim bagi kerjasama yang baik... Reti pon makan Ubat...
Ubat Demam Baby
Bagi Ubat Demam Baby

Lepas bagi ubat, Cheq bagi air zamzam sikit yang Atok A'sim bagi... Periksa suhu, nampak dah makin surut demam, cuma batuk dengan selsema ja lagi yang belum hilang sepenuhnya.. Seronok tengok dia dah aktif macam biasa.. Alhamdulillah... Cuma takut gak la nak hantar rumah pengasuh balik sebab A'sim dah 4 hari merap. Tidur malam pun nak orang peluk... Mesti dia buat perangai.. hehehe

Demam Baby dah Kebah
Budak baru baik Demam

Harap A'sim sentiasa sehat dan terus Aktif...:)
Read more ...

Friday, October 17, 2014

Rawatan Untuk Baby Demam Dan Selsema

Rawatan Nebulizer Untuk Demam Dan Selsema A'sim

Assalamualaikum w.b.t

Semalam masa ambil A'sim dari rumah pengasuh, Kak Murni (Pengasuh A'sim) ada bagitau yang dia kurang minum susu... Mungkin dia x larat sgt kot... Sampai jer kat rumah aku terus cek di punya suhu... 38.8.. tinggi betul... Selang 1/2 jam aku cek... Result dia antara 38.0 - 38.9.. Aku panaskan susu ibu dalam 5oz mcm tu... Sepanjang 1 jam aku letak botol tu, 2oz jer dia minum....Dia merengek pon bunyi macam orang x larat....

A'sim Demam 38
Baru Balik dari Rumah pengasuh

Aku ambil tuala kecil pastu "jelum" dengan air suam.... Dia nanges pon tersekat-sekat sebab ada benda macam sekat dia punya hidung... Bunyi pernafasan pon kuat semacam....
Tuam Baby
Tuam Air
Wife balik jer, terus kemas barang nak bawa pergi Hospital...  Lebih kurang pukul 11 malam macam tu kami gerak pergi Hospital.. Sampai jer kat Hospital, kami pergi kat Emergency Dept, sebab malam kan, Lepas settle urusan daftar, terus nurse amik untuk periksa, pastu dengar doc ada inform dekat nurse untuk ambil darah... 

Sebelum ambil darah, kene bawak masuk jumpa Doc bertugas, Malam tu Datin Dr. Azfa Farahiah yang bertugas.. Lepas periksa, dia suruh nurse bawa kat bilik rawatan...Nurse masukan alat Nebulizer kat muka Baby yang demam.. Menangis x berenti la dia, x selesa kot.. 
Aku pon x tahu apa rasa benda tu..X pernah merasa buat benda tu.. haha.. Nurse tu cakap nebulizer nie untuk mencairkan kahak yang tersembuat... sama ada keluar melalui hidung atau ditelan Baby dan menjadi najis la....
Nebulizer untuk Baby
Nebulizer untuk baby

X Sempat ubat tu habis (aku lupa nama ubat yang dimasukan tu), Sampai tertido Baby, Letih menangis sampai tertido... dah la x minum banyak.. Tapi lepas rawatan tue, nampak la Baby boleh bernafas secara lancar untuk sementara... 

Tidur Semasa Nebulizer
Tidur masa Nebulizer

Habis jer rawatan, nurse tu bagi terus Alat Nebulizer tu kat kami sebab dah caj sekali. Katanya boleh guna dalam 2 Minggu jika nak gunakan lagi rawatan nebulizer tue, boleh gunakan yang dia bagi tue la.. 

Lepasa selesai, ambil ubat kat farmasi:
1) Iliadin - Untuk keringkan selsema dalam Hidung
2) Ubat Batuk untuk Baby
3) Ubat Demam Untuk Baby (Paracetamol)

Tapi wife ada inform dia terkejut gak dah ada ubat batuk untuk Baby, tapi dia x nak guna sgt .. Hanya nak guna jika betul-betul serius...

 Apa pendapat korang tentang ubat-ubatan nie, klu korang bagi x Baby korang makan?......


Read more ...

Thursday, October 16, 2014

Cara Nak Mengatasi Bayi Selsema

Petanda Awal Bayi Demam

Assalamualaikum w.b.t

 Dua hari lepas A'sim hanya batuk batuk.Semalam Asim mula tunjuk tanda-tanda nak demam, selsema dah makin teruk,minum susu dah mula kurang, Muntah banyak... Pening x tau nak buat apa... 1st Time A'sim selsema, Sebelum nie masa pantang hanya demam kuning tu ja,, tapi dulu x la teruk sangat..
Hidung Selsema
Lendir- Lendir dari Hidung meleleh keluar

Semalam, terus potong bawang merah untuk letak kat baby... Ada terbaca yang bawang merah dapat tarik virus@bakteria... Pastu bakar bawang putih dan letak dengan minyak zaitun untuk sapu kat badan dengan kaki baby...

Hirisan Bawang Merah untuk serap virus
Bawang Merah yang telah dihiris

Dah Sapu minyak kat badan bayi, still hingus meleleh... Ambil Baby nose cleaner untuk sedut hingus yang menyekat pernafasan baby. Beli benda nie sebelum A'sim dilahirkan lagi, masa ada Expo dekat KLCC awal Tahun 2014...

baby Nose Cleaner
Sumber Pic : Cillymomma

 Mintak tolong wife pegang baby, sebab nak cuba guna steamer untuk tekup muka A'sim kat wap tu, bagi hingus keluar banyak lagi. Tu pon guna vsteriliser....Tapi x tahu nak letak apa dalam air tu, cummin oil x der. kat rumah.. Terus nyesal x beli... Hmmmm...Nampak lega la sikit muka dia lepas proses steam tu....
Hingus berkurangan
Baby A'sim

Agak lewat la baby tidur semalam, Malam yang panjang...:(,kesian tengok dia tidur x berapa nak nyenyak... Agak kerap dia bangun...  x mampu nk bujat apa dah... Peluk ja la bagi dia rasa selesa sikit...

Baby Tidur
A'sim Tidur












Read more ...

Wednesday, October 15, 2014

Blog yang mesra SEO

Keputusan Imbasan SEO

Assalamualaikum w. b.t

Tetiba nak tengok SEO result untuk Blog Unt0ngLAAAA... Ada dengar cerita yang SEO result nie penting juga  bagi memudahkan viewer senang masuk dan post dalam carian seperti google lebih tinggi... Saya pon x pasti sgt tentang SEO nie, masih baru lagi.. hehehe

Saya mencuba untuk scan saya punya blog dalam link CHKME dan Toolboxseocheckup.
Dan berikut hasil keputusan imbasan oleh Toolbox.

Keputusan Imbasan SEO
Result SEO Analysis
Blog Unt0ngLAAAA hanya mencapai 48%..Teruk betul... Dalam erti kata lain tidak mesra SEO.. hahaha.. 



How to Fix Problem
Tip Pembetulan
Yang bagus tentang imbasan nie, dia akan tolong bagi tatacara untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan bagi hint cara nak buat Blog mesra SEO. Tapi saya punya blog ada 1 yang x dapat ditolong..  Tips dah ada cuma masalah jugak la klu nak edit-edit html nie.. hehehe. 

So, cheq ada 2 pilihan samada:
1) Fix semua masalah yang dibekalkan tatacara.
2) Cari template yang dah mesra SEO dan edit sikit-sikit sahaja.

Klu korang, apa pilihan yang tetbaik?

Last-last buat pilihan untuk ambil template free  ja dari catatan info yang dah mesra SEO pastu edit sikit sikit sahaja..Tuan punya template nie Muh Akram orang dari seberang.. Template baru nie pon cheq ambil selepas tengok blog Sifu blogspot, tuan HH.. Kat Blog sifu HH banyak tunjuk tips buat blog dan pakar SEO serta pakar buat duit secara online.... 
TQ
Read more ...

Tuesday, October 14, 2014

How To Solve Proxy Server Refusing Connection Problem

Cara Mengatasi Masalah Proxy Server terhadap Browser

Assalamualaikum w.b.t

Pernahker dapat error seperti dibawah.. Klu dapat message dibawa semasa melayari Internet tu sama ada guna chrome atau firefox tu jangan risau.. hehehe.... Sebab cheq tunjukan cara penyelesaian tanpa perlu meminta bantuan dari technician komputer... Hahaha... Biar la benda basic nie saja nak share. mungkin ada orang yang dah tahu.... :)
 
Paparan yang bermasalah.

Pergi ke Control Panel Setting, Cari Internet Connection seperti paparan dibawah (view by: small icon) 

Dekat paparan Internet Properties, ada 7 Tab seperti General, Security dan lain-lain. Cari dan klik pada Tab Connections 
Klik pada LAN Settings pada ruangan bawah pada Tab Connections...


Sila Untick ruangan Proxy Server.. Tingalkan ruangan ini kosong tanpa apa-apa tick..

Sila melayari Internet kembali menggunakan browser anda... Harap dapat membantu..

TQ
Read more ...

Genap Usia 5 Bulan - Ragam Baru

 A'sim Genap 5 Bulan

Assalamualaikum w.b.t

Harinie, Genap 5 Bulan usia A'sim...Seronok tengok A'sim membesar dan perkembangan baru dilalui setiap hari... :)
 Semoga menjadi Anak yang soleh dan dapat berbakti kepada Agama dan Masyarakat. 


Lepas 5 Bulan nie, macam-macam ragam bila masuk bulan Baru.. hehe.. Kali nie, A'sim mula nak "merap"... Rutin harian, memang cheq yang pergi ambil A'sim dari rumah pengasuh sekitar pukul 6 Petang macam tu... Masuk pukul 7 malam ja, dia mula start nanges klu Ibu dia x der... Pening kepala gak laa klu dia nangis, x tahu nak buat apa dah... Bagi susu x nak, Ashik nk suh orang dukung ja, jenuh...hehehe... Janji A'sim Sihat sudah.... :)
Read more ...

Monday, October 13, 2014

Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM



KLIK BANNER Untuk Join.

Read more ...

Sunday, October 12, 2014

Baby Belajar Berenang - Kompleks Renang Seri Siantan

Baby Belajar Berenang

Assalamualaikum w.b.t .

 Sebelum nie pernah bawa A'sim pergi berenang dekat Baby Spa  dan hasilnya tidak mengecewakan.. Kali nie, nak cuba bawa pergi ke kolam Renang untuk membiasakan dia dengan Air... Insyaallah akan dijadikan rutin Bulanan untuk bawa A'sim pergi berenang.. hehe..

 Ada beberapa faktor cheq bawa A'sim pergi kolam renang dan antaranya ialah kos yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Baby Spa dan cheq pon boleh la turut serta main air sekali.. Hahaha... Harinie Bawa A'sim pergi Kompleks Renang Seri Siantan dekat Selayang.. Klu ikut Waze tu lebih kurang dalam 8KM dari rumah kami..

Caj yang Dikenakan : (Caj Hari Cuti) - Klu Ahli dapat diskaun 50%.
Dewasa  - RM4
Kanak-kanak bawah 12 Tahun - Free

Persediaan Baju berenang Baby A'sim pon dah dibuat sebelum nie, So giliran A'sim untuk beraksi la plak kan.. Sampai ja kat sana terus tukar baju..


Permulaan masa turun dalam kolam tu (water confident - hehehe), nampak A'sim agak takut sebab sejuk kot air tu.. Klu kat berenang dekat Baby SPA air panas jer sentiasa.. Baby pon x la mengigil..

Masa pegang A'sim awal2 tu, macam terapung jer, tapi x berani nak lepaskan takut tenggelam..

Dapat gak A;sim beraksi dengan bantuan pelampung.. hehehe..  Lebih kurang 2 Jam lebih gak la duduk kat Kompleks.. Puas Ati gak la boleh tengok si kecik ni beraksi.. Next target, nak cari Kolam dekat Seremban plak atau Cheras...

Entri Sebelum nie:

Tq
Read more ...

Saturday, October 11, 2014

Motor DZM200 Baru Untuk Dijual

Hadiah DZM200 UNtuk Dilepaskan

Tahniah kepada Kak Not yang bertuah menang Hadiah Utama YAWATA SHOP & WIN 2014 sebelum Raya Aidiladha Haritue.. Majlis Penyerahan Hadiah Telah berlangsung semalam, 10/10/2014 di Yawata, Tanah Merah Jitra...

HADIAH UTAMA : DEMAK DZM200

Motosikal Tue masih belum didaftarkan dan masih berada Di Pasaraya YAWATA  lagi... Hanya tunggu untuk bayar insuran dan RoadTAX sahaja...


Hadiah Nie nak dilepaskan atau dalam kata lain untuk DIJUAL. 
Sebab Utama:
1) Pemenang merupakan perempuan, x sesuai naik motor besar ni...
2) Sudah Mempunyai Anak, bermakna menggunakan kereta sepenuhnya untuk bergerak.. 



 HARGA:
 RM6300 (x Termasuk Ins & Roadtax)
Lokasi : Jitra, Kedah.
Motor MAsih berada di Pasaraya YAWATA, Tanah Merah, Jitra.

Klu berminat boleh hubungi pemenang dibawah atau cheq sendiri untuk makluman lanjut:
Hafizah: 019-5271484

TQ



Read more ...

Friday, October 10, 2014

BAJET 2015 - Teks Ucapan Penuh Bajet 2015

Bajet 2015 - Ekonomi Keperluan Rakyat

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam 1 Malaysia.

Tentu ramai yang dah mendengar Ucapan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, pada petang tadi, 10 Oktober 2014, di Dewan Rakyat..


Bagi yang belum mendengar secara Live tadi boleh download Teks Ucapan Bajet 2015 yang diletakan di laman web Kementerian Kewangan (MOF). Antaranya, Kastam, LHDN, Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Klik Gambar untuk makluman lanjut..

Bagi yang nak lihat dan download boleh klik link dibawah.

TQ.
Read more ...

Baju Berenang Baby - Model Baru Cheekaboo

Salam.

Sebelum nie, cheq ada buat entry tentang Baby Berenang area Kuala Lumpur. Pernah bawa A'sim pergi Spa sebelum nie, nampak macam best jer.. Pastu ada gak la terdengar dari beberapa orang, elok bawa anak pergi berenang, katanya baby boleh jalan cepat... 

Plan nak bawa lagi anak pergi berenang.. Wife ada la cari kat tenet beberapa swimsuit untuk A'sim nanti... Dan hasilnya, jumpa baju nie, CHEEKABOO punya swimsuit.. Baju dia agak tebal, boleh elak anak kesejukan masa mandi nanti... Beli yang boleh pakai sampai umur 2 tahun... lama sikit boleh gunanya nanti..


Nie la model terbaru CHEEKABOO,, hahaha.... baru pakai baju berenang pon badan dah macam-macam gaya... Nanti boleh la tunjuk kuak lentang dengan kupu-kupu lak... hahahaha


Cap terlebih besar sikit.. 

Tak sabar rasanya nak bawa dak kecik nie pergi mandi kolam.. hahaha.. Dah banyak video dah tengok baby menyelam dan berenang. Tapi kebanyakannya anak orang putih la... Tu yang excited tu,lagipon bereang sukan yang digalakan oleh Nabi kita kan..... Dengar gak orang cakap baby pandai berenang sebab dalam perut pun dia duk dalam air.. Keupayaan berenang dia akan makir pudar setelah umur 6 bulan... Wallahualam... 

Read more ...

"Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain"



Salam kekawan..

Semalam tengok kat shoutbox untuk tgk siapa yang blogwalking kat blog Unt0ngLAAAA..Fatiha Zainal tag cheq untuk join Segmen nie.. Selalu memang tengok kat shoutbox untuk balas kunjungan.. Tapi ada gak otai2 cakap shoutbox tu x bagus untuk letak dalam Blog... Tapi sebagai newbie nie, pada pendapat cheq, shoutbox tu tolong kita untuk tarik orang datang dan tingalkan jejak... hehehe...


Segmen nie dianjurkan oleh Anne Nurain

Kali nie, cheq nak Tag Blogger :
KM  |  Yana  |  Budak
:)
Read more ...

Thursday, October 9, 2014

Rekabentuk Bangunan 3D

Assalamualalaikum,

Harinie, cheq berkesempatan untuk update Perisian untuk rekabentuk Bangunan dalam 3D. Sebenarnya semua orang mampu buat, yang penting jangan putus asa...
Sumber : Google

Banyak perisian  yang ada dipasaran untuk merekabentuk sesuatu. Sebelum ini, pernahkan korang dengar perisian AutoCAD, Semasa zaman di Universiti dulu, perisian nie antara yang popular.. Perisian nie dibawah keluaran Autodesk.. Autocad nie selalu buat untuk lakar plan bangunan...tpi dalam bentuk 2D sahaja..
                
Sumber : Google

Pernah nampak ker logo autocad tue? 

Klu dalam lukisan masa sekolah dulu kan, subjek Kemahiran hidup dan Matematik moden. Ada Bab tentang lukisan isometri tue... Dalam lukisan bangunan pon, akan ada view, pelan bangunan (Tengok dari atas), Pelan Depan (Tgk dari depan), Pelan Sisi (Tgk dari sisi).. Begitu jugak klu guna Perisian AutoCAd nie, Kita kene lukis sekurang-kurangnya 3 lukisan untuk bagi 1 bangunan.. Klu nak lukis 3D dalam autocad boleh, tapi ambil masa yang lama..

Cheq dah cuba guna Autodesk Revit 2013. Yang best tentang produk nie, sekali kita create 1 line untuk wall, secara automatik paparan 3D akan terhasil.. maksudnya dalam autocxad, kita kene create 3 lukisan, Tapi perisian nie, lukis sekali, 3 paparan yang dinyatakan di atas tue pon automatik terhasil. View dalam 3D jugak turut terhasil....

Untuk Produk Autodesk nie ada banyak pakage sekarang, klu untuk bangunan better ambil Autodesk Building Design Suite sebab dia mengandungi perisian berikut:
Autodesk Revit Architecture (Arkitek)
Autodesk Revit MEP (Elektrik & Mekanikal)
Autodesk Revit Structure (Strukture)
Autodesk Naviswork 

Walaupon nama berbeza-beza, tapi sebenarnya penggunaan dia sama jer, cuma dia pecahkan mengikut disiplin.. Tapi perisian ini hanya untuk modeller (term yang cheq pangil).. Sebab designer selalunya dia kene ada analysis dia sendiri. yang nie lebih kepada untuk buat model..

Yang nie model yang dah aku create, tapi belum siap (piping belum masuk..hehe).. Kita boleh view paparan didalam sesuatu ruang( Ni Ruang tandas.. hahaha).. 
Tandas Lelaki

Klu nak belajar basic pon boleh tengok dalam Youtube.. Senang jugak la...klu ikut step by step boleh create sama macam picture atas tue.. 

TQ 
Read more ...

"Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!"

Siapa yang nak Hadiah dari Paris?


Senarai hadiah untuk dimenangi:
Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower
Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower
Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014

Tag Kawan:

Tarikh Tamat Giveaway : 28 Oktober 2014
Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates