Breaking News

Friday, January 30, 2015

Permohonan Rumah PPA1M Telah dibuka

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Permohonan Rumah PPA1M 2015 Di Kuala Lumpur Telah dibuka

Berita baik bagi Penjawat Awam, Permohonan bagi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) telah dibuka dan permohonan dijangka akan ditutup pada 28 Februari 2015. Projek ini dikelolakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.. 

Sebelum ini, PPA1M telah dibuka di bawah Perbadanan Putrajaya yang telah ditutup pada 18 Mei 2013. Sehingga kini, 4 siri undian telah dijalankan..  

Permohonan Rumah PPA1M Telah dibuka
Permohonan PPA1M Kuala Lumpur


TQ
Read more ...

Thursday, January 22, 2015

Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile


Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejatera

Daftar Enrich Card Melalui App Store semudah A,B,C.

Apa kelebihan Enrich Card? yang tu boleh google secara detail lagi, antaranya boleh redeem point untuk tempat tiket penerbangan, maknanya dapat diskaun harga la..

Jika nak daftar melalui Laman Web, boleh layari Web Enrich untuk pendaftaran dan semakan point... Jangan risau, pendaftaran adalah PERCUMA

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
MHmobile

Cheq nak berkongsi cara pendaftaran Enrich Card melalui Aplikasi MHmobile.. Bagi yang baru nak daftar macam cheq, Boleh la daftar melalui MHmobile sebab user akan dapat 2000 point jika dibandingkan dengan pendaftaran secara web base yang hanya diberikan 1000 Point.. MH mobile nie boleh di install di App Store 


 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
MHmobile Dashboard

Bagi paparan melalaui Telefon mudah alih, pangguna boleh lihat trips/ Check in penerbangna, boleh tempah tiket, bloleh lihat status.. Info penerbangan juga disediakan dan tidak lupa tawaran yang disediakan oleh Malaysia Airlines

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
Pendaftaran Enrich Card melalui MHmobile

Jika baru hendak mendaftar, hanya masukan Nama Diri Sendiri dan Nama ayah, Alamt email untuk pengesahan dan No telefon.

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
Pengesahan Email

Setelah pengguna dah mendaftar, satu email akan dihantar untuk pengesahan pendaftaran

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
Makluman Lengkap Pengguna

Setelah pengesahan dibuat, pengguna perlu mengisi  Maklumat teperinci

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
Point Enrich Card

Setelah selesai, 2000 akan dimasukan didalam ekaun anda... Jika anda pernah menggunakan khidmat Malaysia Airlines sebelum ini, Anda boleh menuntut point penerbangan anda sebelum ini.

TQ

Read more ...

Monday, January 19, 2015

Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya

Assalumualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Cheq berpeluang untuk datang melawat Pejabat Menteri Kerja Raya yang baru yang terletak di Bangunan KKR2...

Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Lawatan Tidak Rasmi Pejabat Menteri Kerja Raya
Bangunan baru ini terletak bersebelahan Pejabat JKR di Jalan Sultan Salahuddin.. Pejabat ini mempunyai 34 tingkat yang memenuhi konsep Hijau @ Green Building (GBI)... Lampu hanya akan menyala sekiranya keadaan luar gelap atau cahaya matahari tidak dapat masuk..  Bila dilihat pejabat-pejabat di bangunan ini, hanya mengunapakai cahaya matahari untuk kerja harian. Selepas penggunaan sepenuhnya nanti, bolehla lihat kadar penjimatan elektrik jika dibuat perbandingan dengan pejabat lama di sebelahnya..

Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Bangunan KKR2 aka Blog G
 Pejabat dan pegawai dari Kementerian Kerja Raya (KKR) hanya terletak di tingkat 31 - 34 yang meliputi Pejabat Menteri, Timbalan Menteri..



Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Ruang Menunggu

Nie tempat menunggu di tingkat 34 yang menghubungkan antara Pejabat Menteri dan Bilik Mesyuarat Utama... Pemandangan luar Ruang Menunugg ini juga boleh melihat kawasan Kuala Lumpur dan terdapat pintu ke taman jika mahu mengambil angin

Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Taman di Bangunan KKR2

Pemandangan Taman yang dibina di tingkat Atas.. Taman 3 tingkat ini dibina bersebelahan Pejabat.

Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Struktur tingkat Atas KKR2

Angin semula jadi agak kuat jika berada dikawasan taman berkenaan dan suasana agak selesa dengan angin sepoi-sepoi jika berada di atas.. Klu ada buaian dikawasan ini, pasti boleh membuatkan mudah terlena.. hehe.. KAwasan taman ini dibina dengan ruang terbuka, dimana angin dan air hujan dapat masuk ke ruang berkenaan...

Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Menteri

Cheq berpeluang datang melawat secara tidak rasmi disebabkan ada member datang tolong berkaitan Peralatan Booseter Celcom yang diletakan di bilik Mesyuarat dan Pejabat Menteri dengan menggunapakai Data Internet Sedia Ada... Coverage bagi Talian Telefon Mudah Alih di bangunan ini amat terhad dan sukar nak dapat coverage... Tu la pasal Celcom letak 2 Alat nie kat Pejabat menteri disebabkan Menteri mengunapakai Talian Celcom.. hehe..

Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Kerja-Kerja Troubleshooting
Kerja- kerja trobleshhoting dijalankan oleh En.Arip.. Cheq datang sini tumpang dia la alang-alang sekali boleh tengok Pejabat Menteri sebelum Menteri pindah kat Pejabat Nie...


Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Bilik Menteri Kerja Raya

Nie adalah Bilik Menteri Kerja Raya yang baru, masa nie la nak bergambar kan... Klu tuan Punya dah masuk, memang x dapat la nak datang.. hehe


Lawatan ke Pejabat Menteri Kerja Raya
Pemandangan Luar Bilik Menteri
Pandangan dari ruang Pejabat Menteri dapat melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur..

TQ
Read more ...

Thursday, January 15, 2015

Permohonan Rumah Pr1ma 2015 Telah Dibuka

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Permohonan Rumah Pr1ma Telah Dibuka

Berita baik bagi bakal pemilik kediaman Pr1ma, Kini terdapat 7 Projek  Pr1ma telah dibuka untuk permohonan..  Permohonan telah dibuka pada 15 Januari 2015 dan dijangka akan ditutup untuk permohonan pada 28 Februari 2015...

Permohonan Rumah Pr1ma 2015 Telah Dibuka
Permohonan Rumah Pr1ma

Projek yang dibuka adalah seperti berikut:

Wilayah Utara:

Rumah Teres - Kuala Ketil, Baling (215K)

Rumah Teres - Sungai Petani 1, SP (118k)

Wilayah Tengah:
Apartment - Bandar Meru Raya, Ipoh (250K)
Aparment - Alam Damai, sungai Besi (218K)

Wilayah Selatan:
Rumah Teres - Layangkasa, Pasir Gudang (185k)
Apartment - Tebrau, JB (180k)
Apartment - Melaka Tengah 1 (180k)


Permohonan Rumah Pr1ma 2015 Telah Dibuka
7 Projek yang telah dibuka
Untuk permohonan, Sila Layari laman Web Pr1ma untuk melengkapkan permohonan.

Terima Kasih




Read more ...

Wednesday, January 14, 2015

Promosi Terbaru Tiket Penerbangan MAS Murah 2015

Assalamualaikum W.b.t Dan Salam Sejahtera

Malaysia Airline (MAS) sekali lagi membuat tawaran istimewa dengan menawarkan tiket promosi bermula RM65..Sebelum ini MAS pernah membuat tawaran promosi tiket mas pada 16-18 Disember 2014 .

Promosi Terbaru Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
Malaysia Airlines (MAS)

Tawaran ini sah untuk tempahan bermula 14 Januari 2015 hingga 24 Januari 2015..

Tawaran promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015 ini untuk penerbangan dari 17 Januari 2014 Hingga 30 November 2014..


Promosi Terbaru Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
Promosi Terbaru MAS 2015

Bagi yang bercadang untuk pergi bercuti, bolehla mula merancang jadual cuti tahun 2015 dengan membuat tempahan awal bagi mendapatkan harga tiket murah..

Semoga Berjaya..
Read more ...

Tuesday, January 13, 2015

Pengalaman Mengecewakan di Hotel Pantai Chenang, Langkawi

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Review Hotel di Pantai Chenang, Pulau Langkawi

Mohon maaf sekiranya entry kali nie bersifat negatif, Perasan atau x selalunya klu kita pergi bercuti di mana-mana, salah satu entry khas mestilah tempat penginapan... Tetapi aku masih belum buat entry mengenai tempat penginapan di Langkawi kerana sepanjang kami tinggal di sana, perkhidmatan yang diberikan pihak Hotel kepada kami tidak memuaskan...

Hotel nie terletak berdekatan dengan Pantai Chenang dekat juga dengan Underwater World, Langkawi.. Hotel nie pon pilihan terakhir kami seramai 12 Orang sebab banyak hotel dah penuh... Kami tinggal disana dalam 3 Hari 4 Malam..

Pengalaman Mengecewakan di Hotel Pantai Chenang, Langkawi
Kaunter Daftar Masuk
Ikuti Cerita di Link Berikut:
Read more ...

Sunday, January 11, 2015

Tempat -Tempat Shopping Di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Tempat Membeli-Belah yang boleh dikunjungi di Pulau Langkawi

Tempat-tempat yang cheq nak kongsi nie sememangnya dah diketahui umum sebagai tempat yang perlu dilawati terutama kaum Hawa kan..he he..

Klu Objektif utama datang ke Pulau Langkawi no untuk shopping, cheq sarankan menginap di kawasan kuah je.. Senang nak keluar, nak pergi beli barang pon boleh jalan kaki jer... hehe..

Perniagaan Haji Ismail Group
Tempat -Tempat Shopping Di Pulau Langkawi
Kompleks HIG

Ikuti kisah di Link Berikut:


TQ..
Read more ...

Friday, January 9, 2015

Oriental Village - Langkawi Cable Car


Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Kali nie , cheq berpeluang nak berkongsi semasa naik Langkawi SkyCab... Cable Car nie terletak dekat Gunung Mat Chinchang, jarak dari Jeti Langkawi sejauh lebih kurang 30KM macam tu yang mengambil masa 30minit perjalanan..

Oriental Village - Langkawi Cable Car
Credit : Natural Langkawi

Ikuti Kisah di Link Berikut:
Read more ...

Thursday, January 8, 2015

Review Perkhidmatan Kereta Sewa Langkawi

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Cari Kereta Sewa di Pulau Langkawi

Percutian di Langkawi memerlukan kereta sewa untuk mudah bergerak.. Klu nak guna perkhidmatan Teksi pon boleh sebenarnya, Tapi sebab kami x bercadang nak guna perkhidmatan kereta sewa sebab boleh bergerak sekitar Langkawi tanpa ada halangan masa (x perlu tunggu teksi).. 

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Langkawi sebenarnya banyak, ada yang iklan dalam web, blog.. Klu x order awal pon boleh, sebab perkhidmatan kereta sewa nie boleh jumpa sekitar area Jeti LAngkawi.. Mesti ramai orang yang offer sepanjang laluan dari Jeti selepas keluar dari Feri..

Klu nak ambil Perkhidmatan Kereta Sewa di Hotel tempat penginapan pon boleh, Tapi yang nie apa yang saya tengok harga dia mahal sikit sebab dia nak ambil untung jugak dari pemilik kenderaan..

Review Perkhidmatan Kereta Sewa Langkawi
Gambar Hiasan - Credit
Sila ke Link Berikut untuk review 
Perkhidmatan Kereta Sewa



TQ
Read more ...

Wednesday, January 7, 2015

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi

Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman Pertama A'sim Naik Feri ke Langkawi

Kali nie bawa A'sim pergi Langkawi menaiki Feri.. Nie kali pertama bagi A'sim untuk naik Feri... Cheq pon baru kali ke-2 pergi Langkawi.. hehe.. Kami memilih Terminal Feri Kuala Perlis sebab jarak masa menaiki feri ke Langkawi Lebih cepat takut A'sim x selesa. Maklum la klu duduk statik lama, dia x berapa suka, klu boleh nak orang dukung bawak berjalan ja..

Klu nak ker Termnal Jeti Kuala Kedah pon boleh, tapi masa perjalanan dalam feri tu lama sikit la.. Perkhidmatan Feri Dari Penang dan Satun juga ada disediakan, tapi hanya ada beberapa trip sahaja.

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
A'sim & Adam dalam Kereta menuju ke Jeti Kuala Perlis
Kami bergerak dari Kg Banai, Jitra se-awal jam 8 Pagi selepas sarapan.. Mak Lang A'sim yang bawa kami ke Terminal Jeti Kuala Perlis.. Tq MAk Lang.. Adam dan Mak Tok juga turut datang temani kami ke sana.. Jarak jeti Kuala Perlis lebih kurang 30KM dari rumah Mak Tok.. 

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
Adam & Mak TOk di Terminal Feri Kuala Perlis

Dah Sampai di Terminal, terus beli tiket Feri. Nie maklumat mengenai tambang menggunakan Perkhidmatan Feri untuk satu hala, Klu 2 Hala darap jerla dengan 2:
Kuala Perlis - RM18.00 (Dewasa) 
RM13.00(Kanak-kanak)

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
Menunggu Feri di Terminal

Dalam terminal Feri, sempat lagi la A'sim berman dengan dengan Adam.. Seronok la dia klu ada orag yang menyakat.. Tambah-tambah klu orang melompat-lompat lagi la suka...

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
A'sim Di Terminal Kuala Perlis

A'sim berselfie sebelum naik Feri

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
Pemandangan Laut dan sekitar Pulau Langkawi 

Nie gambar dari dalam Feri, Air menghijau, dan dah nampak pulau langkawi dengan tempat penginapan di sekitar perairan Langkawi.

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
A'sim di dalam Feri
 A'sim dengan topi burung hantu... Payah betul nak duduk diam.. Cepat bosan la tu.. terpaksala angkat ke tigkap bagi tengok laut....


Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
Jeti Pulau Langkawi

 Alhamdullilah, selamat sampai di Jeti Langkawi.. Sila ikuti kisah seterusnya untuk perkembangan percutian di Langkawi.

TQ
Read more ...

Tuesday, January 6, 2015

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah

Assalamualaikum w.bt

Pengalaman Percutian Pertama 2015.

Kali nie, nak kongsi pengalaman percutian pertama 2015.. Destinasi pilihan adalah Negeri Kedah... Sebab apa negeri kedah? Tujuan utama untuk balik kampung, bawa A'sim jumpa Mak Tok..Nak dijadikan rezeki, ada cuti Tahun baru dan ada tiket offer murah dari MAS

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
MH 1202 - KL -AOR

1 Hb 2015, kami bangun seawal pukul 3 Pagi, masa tu baru nak kemas barang A'sim dan baju.. Kami bercadang parking kereta di Putrajaya dan pergi ke KLIA menggunakan perkhidmatan ERL.. Sebab pa Parking kat Putrajaya? Salah satu sebab adalahj kos parking yang tidak terlalu mahal dan parking berbumbung.


Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Keluarkan Bateri Kereta untuk cuti panjang

Sampai ja kami di putrajaya, Cheq terus bukak bateri kareta, Ni salah Satu Tips untuk letak kereta lama-lama..Cara nie sebab nak kurangkan risiko bateri habis.. 

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Terminal ERL Putrajaya

Kami sampai di putrajaya, A'sim masi tidoq lena, masa tu la bersiap bagi susu semua, Semasa kami baru sampai, ERL baru bergerak, so, kene tunggu next train la dalam 20 minit macam tu... Untuk makluman, harga tiket ERL dari Putrajaya menuju KLIA, lebih kurang RM6.20..

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
A'sim Tunggu ERL

Masa nie sempat snap A'sim masa tunggu ERL di terminal Putrajaya... Tengok kat situ, orang pon dah ramai, kebanyakan orang yang kerja di KLIA dgn KLIA2

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Check-in Barang

Dah sampai KLIA, terus ke tingkat 5, terus kami ker tempat letak barang. Masa tu pon, staff MAS dah inform Gate A7 untuk destinasi ke Alor Setar.

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Pintu Pemeriksaan

Lepas subuh, terus pergi ke pintu pemeriksaan untuk masuk.. Satu lagi tips, Better print boarding Pass sebab kadang-kadang boarding pass dalam Telefon tidak dapat diimbas oleh machine.. Nie aku tengok depan mata, seorang ibutapi gagal imbas barcod dalam telepon, pastu nak tak nak kene la dia pergi print balik boarding pass dekat kiosk.. Dah la mendukung anak, klu dah terlambat tu memang kesian la... Cadangan kepada KLIA, supaya meletakan 1 kiosk yang berdekatan pintu pemeriksaan.

 Jam dah sekitar pukul 7 masa kami mula masuk... Kesilapan utama sebab pergi Surau dekat International Gate dulu, dah la jauh... Patutnya daftar terus dalam pintu pemeriksaan, sebab surau memang ada dekat tingkat bawah (3) berdekatan dengan Marybrown... Dah la jauh Balai perlepasan A7 tu jauh, berlari-lari kami takut kene tingai... naya...Nasib baik bawa stroller A'sim, x la penat sangat nak kene dukung... Lama dah x lari, nak naik cram kaki... 

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Menunggu di Balai Perlepasan - A7

Sempat la jugak masuk dalam balai perlepasan.. tengok-tengok ada annoucement yang Kapal tu delay dalam 1 Jam lebih, Ada masalah teknikal katanya.. Kapal akan bertolak pukul 8.30.. Pulak.... hahaha.. wat penat jer lari... Tapi x pa la sempat la nak tukar pampers anak dulu... Bagi budak selesa sikit dalam kapal tu..

MAsa Dalam Kapal tu, Kapten tu mintak maaf sebab kapal delay, Sebabnya Pilot x der, Dia tahu last-last minit untuk ganti... Pilot tu sakit kot.. X tah la mungkin cakap sebab x nak bagi penumpang gelisah.. Kan banyak kes kapal terbang akhir-akhir nie.. Ahamdullilah semua selamat.. dan kami sampai Kedah nak jumpa Mak Tok A'sim...

TQ
Read more ...

Sunday, January 4, 2015

#1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA

Assalamualaikum w.b.t

#1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA
#1 Giveway From Langkawi

Syarat - Syarat GIVEAWAY

1.  follow blog MISS YANA *tengokla sekali video blogbuster yana tu ^^ hee*
2.  Tulis tajuk " #1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA"
3.  Copy banner di atas dan BACKLINK ke Entry ni..
4.  Post link Giveaway di komen Entry ini sahaja.
5.  Daftar MYKAD anda di sini *isi maklumat-terpulang pd anda, xwajib*

TARIKH PENTING

GIVEAWAY BERLANGSUNG
25/12/2014  -  25/01/2015

UMUM PEMENANG 
27/01/2015

TARIKH POST HADIAH
06/02/2015
Read more ...

Friday, January 2, 2015

Belayar Sambil Beramal di Star Cruise Libra

Assalamualaikum w.b.t

Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia 

Berita Baik bagi kaki-kaki jalan dan yang gemar melancong, Kini IntraTama Travel Consultant & Tours (M) Sdn. Bhd (ITTC) menganjurkan satu pelayaran yang cukup istimewa ke destinasi Penang -Phuket-Krabi-Penang yang berkonsepkan islamik. Dimana aura  islamik disuntik ke dalam pelayaran Islamik 3.0  yang dijadualkan berjalan pada 01 hingga 04 Februari 2014 dimana tarikh tersebut jatuh pada Cuti Hari Wilayah dan Thaipusam..


Belayar Sambil Beramal di Star Cruise Libra
Pelayaran Islamik 3.0
SuperStar Libra membawa anda ke sebuah resort bertaraf dunia eksklusif terapung di laut lepas yang menawarkan anda satu pameran menarik kemudahan, hiburan, aktiviti rekreasi dan perkhidmatan ditambah pula dengan layanan mesra Asia, yang telah menjadi mercu tanda Star Cruises


Pelayaran ini juga sesuai dijadikan sebagai Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan dan hadiah kepada Ibu dan Bapa.. Tidak ketinggalan bagi Agensi Korporat yang ingin menjadikan Pelayaran ini sebagai Hadiah Penghargaan kepada Staf dan juga sebagai Hadiah Cabutan Bertuah di Majlis "Family Day".. Bagi perseorangan yang ingin bercuti dan ingin mendapatkan ilmu agama secara "private" di Pelayaran terbabit juga dialukan kerana disamping membeli-belah di destinasi terbabit, pihak penganjur mengisi beberapa slot kerohanian yang akan di forumkan di atas kapal..

Antara Sisipan menarik yang akan diisi oleh beberapa penceramah:
1) Ketahui kedudukan kiblat
2) Pelajari Solat Jama' & Qasar
3) Ceramah & Kuliah
4) Qiyamulail
5) Zikir & Selawat
6) Soal Jawab Bersama Ustaz
7) Program Ziarah
8) Makan Malam Kesyukuran

Pelayaran Islamik juga akan dimeriahkan oleh Ustaz,  Penceramah Bebas dan Imam Muda yang sememangnya terkenal di Malaysia..Dan Pengisian di pelayaran nanti dibuat dalam Bahasa Melayu.

1) Ustaz Badli Shah - Penceramah Bebas
2) Sheikh Abdelaziz Ghonim - Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar 
(Ore Arab pandai kecek klate)
3) Dato Hassan Mahmud - Penceramah Bebas 
4) Dato' Dr. Fadzilah Kamsah - Pakar Motivasi
5) Imam muda Miril - Imam Muda Musim Pertama

Sekiranya Berminat untuk menyertai Program Pelayaran Islamik ini, anda boleh la mendapatkan maklumat di 
FB :PelayaranIslamik 
Laman Web Pelayaran Islamik.


Belayar Sambil Beramal di Star Cruise Libra
Tentatif Program

Untuk mendapatkan Info dan Tentatif Program Pelayaran ini boleh la rujuk di Tentatif program..Pendaftaran Program boleh dibuat secara Online dan jugak disertakan Tutorial Pendaftaran.

Terdapat Beberapa Pakej menarik dimana harga pakej telah termasuk beberapa item seperti di bawah dengan erti kata lain tiada kos tersembunyi. Untuk makluman tambahan, Sebahagian dari harga pakej disalurkan kepada anak-anak yatim, Tahfiz, & Fakir miskin. 



  • Harga Pakej adalah bersih termasuk Cukai Pelabuhan & Surcharge.




  • Harga Pakej Termasuk Lawatan & Program @ Phuket & Krabi


  • Semoga Percutian dan Pelayaran Anda Bermanfaat..

    Terima Kasih
    Read more ...

    Nuff

    Recent Comment

    Designed By Blogger Templates