Breaking News

Friday, July 25, 2014

Nuffnang - Glitterati Status


Semalam saja nak buka Nuffnang.. Buka jer nampak Non-glitterati Status.. Aik pelik betui.. Bila masa check main kayu tiga nie.. hehehe :P


Glitterati Status

Terus buat pertanyaan kepada admin nuffnang... nak tahu gak apa masalah..

 Tunggu dalam 1 hari macam tu, Cik Nuffnang jawab yang blog lama chek tu dah x der..
Blog lama tu chek delete sebab ada masalah sikit, tu yang buat baru macam entry Blog Express... Tapi lupa nak delete dalam akaun Cik nufff. Klu dari jawapan cik nuff nie, 4 hari gak la dia nak settle balik status...

Feedback dari Nuffnang.
Read more ...

Wednesday, July 23, 2014

FLAMO CUISINE @ Restoran Ayam Kampung Wangsa Maju

Food Review : Jemputan Blogger ke FLAMO, Wangsa Maju.

Alhamdullilah 1st time dapat join event bersama-sama blogger.. Terima kasih kepada kak Feeya Fariesya yang sudi menjemput saya untuk turut serta bagi majlis berbuka puasa di FLAMO yang turut disertai oleh 14 Blogger lain... Pada mulanya, chek memang ingat makan ayam kampung, rupa-rupanya pemilik restoran, En.Zul nak mengetengahkan masakan  china-arab.

Untuk pengetahuan pembaca, Restoran ini juga pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, TV3.. 9 Jam demi sup MI XIAN

Cenderamata dari JJCM, TV3..

Pada awal hidangan, kami disajikan dengan Mi Xian dengan pilihan berkuah dan yang kering yang difahamkan merupakan makanan ruji orang daerah Yunnan, China.

Za Jiang Soup Mi Xian. Sup ini direneh bersama 22 herba dari china selama 9 Jam.

Za Jiang Mi Xian yang disediakan bersama jeruk, lobak merah, cuka, Daging.

Rasa tekstur mi ini agak unik, tiada rasa seperti berminyak seperti mee yang dibeli di pasar raya.  

Antara beberapa hidangan lain yang disediakan disini:
1) Vegetarian Mi Xian
2) Za Jiang Mi Xian
3) Chicken Mi Xian
4) Za Jiang Soup Mi Xian

Selepas itu, kami disajikan lagi dengan makanan yang dibakar dari kiosk yang diperkenalkan oleh En.Zul

Satay Cendawan

Satay Kambing Jumbo. Besor oooo...

Antara beberapa hidangan Satay lain yang disediakan:
1) Satay Ayam
2) Satay Daging
3) Satay Cendawan
4) Satay Kuchai
5) Satay Kambing Jumbo.

Sebelum balik, kami disajikan lagi dengan Tahini kebab. Pengunjung boleh memilih inti kebab ini sama ada Daging, Ayam atau Kambing.

Tahini Kebab

Flamo juga membuka peluang perniagaan kepada umum bagi membuka franchise FLAMO di seluruh negara.  Latihan dserta Khidmat nasihat akan diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Pakej yang ditawarkan.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi En.Zul

Restaurant Ayam Kampung (previously known)
No 41, Jalan Metro Wangsa
Section 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Tel: 019-211 3433
FB : FLAMO

Akhir sekali, sesi bergambar bersama blogger yang hadir.

Read more ...

Thursday, July 10, 2014

Serangan Keatas Kuarters Kerajaan Jalan Duta

Waspada Wabak Denggi Yang Melanda Kuarters Kerajaan

Asap yang berkepul-kepul dirakam ketika chek nak pergi kerja...

Rupa-rupanya orang duk sembur fogging untuk nyamuk Aedes di Kuarters.
KKM ada mengambil langkah inisiatif melakukan fogging di kawasan kuarters.. Lepas subuh macam tu pon ada kedegaran kereta ronda yang sembur tu lalu di sekitar Kuarters.
Tinjauan Dari dekat kawasan fogging

Sejak Akhir-akhir ini, Media tempatan banyak memperihalkan tentang masalah wabak denggi yang melanda di Negara kita. Sebelum ini, TV3 ada membuat liputan mengenai kadar Kes Demam Denggi Tertinggi dicatat Di Klang untuk Negeri Selangor. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dilimpahi pesakit demam denggi sehinggakan pesakit terpaksa menunggu lama untuk dimasukan didalam wad.

Bagi negeri Kelantan pula, Kota Bharu merupakan bandar yang mencatat kes yang paling Tinggi. Hospital Raja Perempuan Zainab juga dilaporkan menerima peningkatan kes denggi jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Bagi negeri-negeri lain, chek x dengar lagi, mungkin terlepas kot.. hahaha

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Difahamkan Kuarters Kerajaan Jalan Duta merupakan Kawasan perumahan yang mencatat Kadar Kes Tertinggi di Kuala Lumpur. Klu tengok banner tu, 10 kes dicatat dari 31 May 2014 hingga kini.. Semalam  tengok kat banner tu dah tanggal semua nombor... 10 kes tu kekal lagi kot..

Statistik Kes Denggi di Halaman Komplek Kuarters Kerajaan Jalan Duta.

Kementerian Kesihatan juga ada keluarkan notis AMARAN yang ditampal di setiap Blok Kuarters.

Minggu lepas ada menerima kunjungan dari Staff Kementerian Kesihatan, NAk chek kawasan rumah sama ada takungan air....

Rumah Chek memang la ada Tempat simpan air, tapi diog chek x de jumpa la.. klu x RM10K tu kene denda... Rasa Seluruh rumah ada tempat ssimpan air, maklum la kan SYABAS ada buat catuan air Bulan 3 dengan 4 dulu. :)

Sebelum ini, chek memang pernah dimasukan didalam wad selama 5 hari disebabkan demam denggi nie. 
Read more ...

Friday, July 4, 2014

Postnatal Check Up


Pemeriksaan Selepas Bersalin Ibu A'sim

Haritue dah bawa A'sim Pergi Checkup dekat Seremban, Kali nie giliran Ibu dia pulak ..Tapi kat KL.. Doctor dah tetapkan appointment tarikh 30 June 2014 (Isnin).. Pemeriksaan nie sebab nak tengok keadaan perut dan otot dalaman sama ada ok atau x selepas bersalin dulu... Dulu A'sim dilahirkan secara C-zer.. 

Kami sampai ke hospital lebih kurang pukul 12 tgh hari macam tue.
 Baiknyee anak Ayah nie.. senyap jer dalam stroller...

Dah register dekat kaunter, diog suruh tunggu di bilik menunggu sebelum pemeriksaan lanjutan.
Sebelum pemeriksaan lanjutan. Bahagian Menuggu.. rupanya pukul 12 x ramai orang... selalu klu datang pukul 9-10 pagi mesti penuh... mungkin diog arrange appointment pagi jer, dekat tengah hari dr kene pergi labor room dah untuk sambut bayi.. macam A'sim pon dulu lahir pukul 11.47 pagi walaupon Dr target lepas zohor macam tue...

Dah selesai nurse periksa, Doktor panggil masuk Bilik.. Nie la Wajah Dr.Seri Suniza Suffian
Dah selesai nurse periksa, Doktor panggil masuk Bilik.. Nie la Wajah Dr.Seri Suniza Suffian.. Masuk Bilik jer Dr.Seri cakap dengan A'sim

Mana Budak yang keluar ikut tingkap nie.. 
Terus dia membebel bahasa dia la.. pok pek pok pek... Ramah betul la A'sim nie.. Nasib baik tiap2 pagi dia x ramah macam nie sangat, klu x, nak pergi kerja pon susah nie... mesti nak tengok dia cakap jer.. biar x paham pon.. hehehe...

Nie katil untuk pemeriksaan.


Screen masa pemeriksaan, Alhamdullilah Semua ok... Dr cakap positif jer semua... Chek tengok tak faham pon mende kat dalam screen tue.. hahaha..

Dah selesai semua, masa untuk balik ebih kurang 1230 macam tue...nasib baik kejap jer... Nie kaunter masa untuk register..Kaunter pembayaran ada kat sebelah tue jer... sempat snap masa nak balik jer..hehehe..

Alhamdulillah semua OK...

Read more ...

Thursday, July 3, 2014

Hari Kelahiran Semula Felixia Yeap

Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.



P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.


Terima kasih semua atas sokongan anda. =)

Sumber : Felixia Yeap Blog
Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates