Breaking News
Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..


SIARAN MEDIA - MAJALAH LIBUR LANCAR BLOG O'RAMA

Terutama sekali, nak berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf dan  mr.jocko kerana memberi peluang untuk pendatang baru turut serta bersama 20 Bloggers lain dalam majlis pelancaran Blog O'Rama oleh kumpulan media Karangkraf di Starbucks Coffee Kota Kemuning pada hari Sabtu, 20 Disember 2014 dipengerusikan oleh Radin Amir yang merupakan Penyampai Radio ERA.

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Majalah Libur

Sempena menyambut ulang tahun ke-12, MAJALAH LIBUR memperkenalkan satu ruang khas Blog O'Rama bagi memberi peluang kepada blogger untuk berkongsi maklumat mengenai pengembaraan, tempat-tempat makan serta berasaskan "Pelancongan & Gaya Hidup"

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Editor Majalah Libur : Meor Khairi Idris

Pihak Editorial Majalah LIBUR akan memilih 2 blog yang akan diperkenalkan  dan secara langsung menjadi Blog O'Rama pilihan Libur.. Kolum ini akan bermula Januari 2015. Bagi blogger yang terpilih juga berpeluang untuk turut serta aktiviti  percutian dan tugasan bersama majalah LIBUR. Blogger juga boleh turut sertaprogram yang dianjurkan oleh Majalah Libur seperti bengkel penulisan dan fotografi bagi memantapkan pengisian didalam blog.

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Rosmadi a.k.a Mr.jocko memberi kata-kata aluan dan penerangan mengenai program dan aktiviti bersama Majalah Libur. Mr.Jocko juga telah berkaloborasi bersama Majalah Libur sepanjang 2014..

Majlis berlangsung dengan aktiviti berbentuk permainan, majlis bersuai kenai antara blogger serta majlis selfie serta cabutan bertuah barangan coleman yang ditaja oleh UFL.. hehehe... Janji meriah kan.. 

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Bersama Penganjur Majlis Pelancaran
Tidak sah klu x bergambar, Nie cheq sempat bergambar orang kuat aka penganjur acara Majlis Pelancaran Blog O'Rama... Cer tengok tangan A'sim, sempat lagi dia luku kepala Radin.. hehehe


Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Acara Bergambar. Sumber pic: Mr.jocko
Akhir sekali, bergambar bersama semua bloggers dan penganjur.. Harap objektif Blog O'rama dapat direalisasikan dan cheq harap dapat tambah network untuk memberbaiki selok belok dunia blogger.. Semoga dapat lebih ilmu dan kawan - kawan.. :)

Sekiranya ingin menjadi sebahagian daripada Blog O'Rama pilihan Libur, boleh hantar pautan blog anda kepada:
ahmad.syahir@karangkraf.com.

Jika nak tau info lebih lanjut boleh melayari pautan berikut:
Laman Web : LIBUR
Facebook : Majalan Libur FB
Instagram : Majalah Libur IG



Read more ...

Wednesday, December 24, 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Assalamualaikum w.b.t

Tetiba terbaca Sifu HH buat Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH untuk orang baru m macam cheq la.... Ada 3 Syarat mudah.. Memang semua Syarat tu cheq lepas la..Untonglaa orang baru sekarang nie dah ada orang nak tolong ajar dan komen klu ada sesuatu x kene.. Macam juri Maharaja Lawak gitu.. hehe :P

Jom Kenal Blogger Baru HH

Untuk makluman semua, cheq boleh dikira baru lagi dalam dunia blog nie... dulu pernah tulis sikit2 seawal 2013.. tapi Jun 2014 yang mula macam nak terjemak dengan lebih dalam mengenai dunia blog nie...Pembabitan dalam dunia blogger nie pada mulanya khas untuk catitan diary bersama anak cheq dan yang dilahirkan pada bulan Mei.. Sekarang dah mula nak menjadikan blog nie sebagai satu loncatan untuk tambah income..Faktor utama sebab tengok ramai blogger dan ada juga kawan yang betul betul menceburi dunia blog nie boleh tambahkan income. 

TQ
Read more ...

Saturday, November 8, 2014

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ


Food Review : Pak John Steamboat & BBQ

Nie kali kedua cheq join aktiviti food review bersama blogger.. Terima Kasih kepadda Halim Brother yang sudi menjemput cheq untuk menyertai beliau dan 3 blogger lain, Ujie, Elana dan Ieda Han pada 01 Nov lepas di Restauran Pak John Steamboat & BBQ di eCurve, Damansara..
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Pak John Steamboat & BBQ

 Pak John Steamboat & BBQ juga menyediakan premium Produk yang diimport khas dari luar untuk dihidangkan di outlet Pak John Steamboat & BBQ, Antaranya :
Australia Best Slices
New Zealand Best Slices
Smoked Duck Breast
Premium Abalone Slices

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
We Serve Quality & Fresh

Pak John Steamboat & BBQ menyediakan lebih dari 100 hidangan yang berkualiti dan Fresh..Terbaik dari Ladang.. Bagi pengemar daging salai seperti cheq, Daging black pepper juga disediakan disini..
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Hidangan di Pak John Steamboat & BBQ

Ada juga beberapa makanan dan hidangan boleh dipesan di kaunter yang akan dibantu oleh beberapa chef.
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Kaunter Makanan

Meja kami dipenuhi makanan laut, darat dan udara.. hahaha... Bagi pengunjung Pak John Steamboat &BBQ, tiada limit masa yang ditetapkan untuk berada di sana.. So, boleh la nak penuhkan perut masing-masing slow-slow yer...
Ada 1 cara makan yang sedap kat sini, cuba korang masukan udang didalam sup terlebih dahulu, lepas tu grill lak.. nanti ada sesuatu rasa yang berlainan sikit... hehehe

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Steamboat Time
Untuk Pengetahuan juga, Pak John Steamboat & BBQ ada menyediakan Homemade Pineapple Sauce yang baru dilancarkan.. Homemade Signature Sauce yang sedia ada juga dihidangkan. Antaranya Thai, Belacan, Sweet, Thai Green Chili, Soya, Garlic Chili Sauce

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Homemade Signature Sauce
Bagi pengunjung yang baru bercadang untuk pergi ke Pak John Steamboat & BBQ, anda boleh menikmati makanan disamping menikmati nyanyian dari secara live oleh Voxscape Acoustic setiap Sabtu dan Ahad di eCurve, Damansara Outlet...

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Live band Performance at Pak John Steamboat & BBQ 

Sambil- sambil mendengar lagu, cheq sempat menikmati white coffee dan waffle.. 
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Coffee & Waffle

BAgi Pengunjung yang bercadang hendak ke Outlet Pak John Steamboat boleh la simpan alamat berikut:

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao FooLot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,Wang Avenue,No.9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,53300 Kuala Lumpur

Restaurant Pak John Steamboat & BBQLot LG-13A & LG-15,Lower Ground Floor, eCurveNo. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara47810 Petaling Jaya

Akhir sekali, Sesi bergambar Pemilik Pak John steamboat & BBQ, David Chong
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Sesi Bergambar Blogger bersama Pemilik Pak John Steamboat & BBQ

Read more ...

Wednesday, August 13, 2014

Follower #100 UntOngLAAAA

Assalamulaikum..


Alhamdullillah ada jugak yang sokong Blog UntOngLAAAA setelah 2 Bulan Blog Baru express dibina..(biar la baru 100 pun.. hehehe) Terima Kasih banyak-banyak kepada yang sudi join... tiada anda siapala saya.. hehehe...

Follower bertuah UntOngLAAAA yg ke 100 adalah Aini dari Blog HijauKoko.. Blog HijauKoko berkisar tentang kehidupan aini dan kawasan yang boleh dilawati sekitar Pulau Langkawi... Juga ada menyediakan Perkhidmatan Sewa Kereta dan ada buat business Kad terutama untuk majlis Kahwin.. klu ade sesiapa yang berminat nak melancong boleh la contact aini..
Aini: 019-3986724 

Dengan pada masa yang sama, cheq akan meletakan Blog HijauKoko didalam Bloglist untuk Bulan 8 nie... 

tq
Read more ...

Wednesday, July 23, 2014

FLAMO CUISINE @ Restoran Ayam Kampung Wangsa Maju

Food Review : Jemputan Blogger ke FLAMO, Wangsa Maju.

Alhamdullilah 1st time dapat join event bersama-sama blogger.. Terima kasih kepada kak Feeya Fariesya yang sudi menjemput saya untuk turut serta bagi majlis berbuka puasa di FLAMO yang turut disertai oleh 14 Blogger lain... Pada mulanya, chek memang ingat makan ayam kampung, rupa-rupanya pemilik restoran, En.Zul nak mengetengahkan masakan  china-arab.

Untuk pengetahuan pembaca, Restoran ini juga pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, TV3.. 9 Jam demi sup MI XIAN

Cenderamata dari JJCM, TV3..

Pada awal hidangan, kami disajikan dengan Mi Xian dengan pilihan berkuah dan yang kering yang difahamkan merupakan makanan ruji orang daerah Yunnan, China.

Za Jiang Soup Mi Xian. Sup ini direneh bersama 22 herba dari china selama 9 Jam.

Za Jiang Mi Xian yang disediakan bersama jeruk, lobak merah, cuka, Daging.

Rasa tekstur mi ini agak unik, tiada rasa seperti berminyak seperti mee yang dibeli di pasar raya.  

Antara beberapa hidangan lain yang disediakan disini:
1) Vegetarian Mi Xian
2) Za Jiang Mi Xian
3) Chicken Mi Xian
4) Za Jiang Soup Mi Xian

Selepas itu, kami disajikan lagi dengan makanan yang dibakar dari kiosk yang diperkenalkan oleh En.Zul

Satay Cendawan

Satay Kambing Jumbo. Besor oooo...

Antara beberapa hidangan Satay lain yang disediakan:
1) Satay Ayam
2) Satay Daging
3) Satay Cendawan
4) Satay Kuchai
5) Satay Kambing Jumbo.

Sebelum balik, kami disajikan lagi dengan Tahini kebab. Pengunjung boleh memilih inti kebab ini sama ada Daging, Ayam atau Kambing.

Tahini Kebab

Flamo juga membuka peluang perniagaan kepada umum bagi membuka franchise FLAMO di seluruh negara.  Latihan dserta Khidmat nasihat akan diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Pakej yang ditawarkan.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi En.Zul

Restaurant Ayam Kampung (previously known)
No 41, Jalan Metro Wangsa
Section 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Tel: 019-211 3433
FB : FLAMO

Akhir sekali, sesi bergambar bersama blogger yang hadir.

Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates