Breaking News
Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Pengalaman Mengecewakan di Hotel Pantai Chenang, Langkawi

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Review Hotel di Pantai Chenang, Pulau Langkawi

Mohon maaf sekiranya entry kali nie bersifat negatif, Perasan atau x selalunya klu kita pergi bercuti di mana-mana, salah satu entry khas mestilah tempat penginapan... Tetapi aku masih belum buat entry mengenai tempat penginapan di Langkawi kerana sepanjang kami tinggal di sana, perkhidmatan yang diberikan pihak Hotel kepada kami tidak memuaskan...

Hotel nie terletak berdekatan dengan Pantai Chenang dekat juga dengan Underwater World, Langkawi.. Hotel nie pon pilihan terakhir kami seramai 12 Orang sebab banyak hotel dah penuh... Kami tinggal disana dalam 3 Hari 4 Malam..

Pengalaman Mengecewakan di Hotel Pantai Chenang, Langkawi
Kaunter Daftar Masuk
Ikuti Cerita di Link Berikut:
Read more ...

Sunday, January 11, 2015

Tempat -Tempat Shopping Di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Tempat Membeli-Belah yang boleh dikunjungi di Pulau Langkawi

Tempat-tempat yang cheq nak kongsi nie sememangnya dah diketahui umum sebagai tempat yang perlu dilawati terutama kaum Hawa kan..he he..

Klu Objektif utama datang ke Pulau Langkawi no untuk shopping, cheq sarankan menginap di kawasan kuah je.. Senang nak keluar, nak pergi beli barang pon boleh jalan kaki jer... hehe..

Perniagaan Haji Ismail Group
Tempat -Tempat Shopping Di Pulau Langkawi
Kompleks HIG

Ikuti kisah di Link Berikut:


TQ..
Read more ...

Friday, January 9, 2015

Oriental Village - Langkawi Cable Car


Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Kali nie , cheq berpeluang nak berkongsi semasa naik Langkawi SkyCab... Cable Car nie terletak dekat Gunung Mat Chinchang, jarak dari Jeti Langkawi sejauh lebih kurang 30KM macam tu yang mengambil masa 30minit perjalanan..

Oriental Village - Langkawi Cable Car
Credit : Natural Langkawi

Ikuti Kisah di Link Berikut:
Read more ...

Thursday, January 8, 2015

Review Perkhidmatan Kereta Sewa Langkawi

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Cari Kereta Sewa di Pulau Langkawi

Percutian di Langkawi memerlukan kereta sewa untuk mudah bergerak.. Klu nak guna perkhidmatan Teksi pon boleh sebenarnya, Tapi sebab kami x bercadang nak guna perkhidmatan kereta sewa sebab boleh bergerak sekitar Langkawi tanpa ada halangan masa (x perlu tunggu teksi).. 

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Langkawi sebenarnya banyak, ada yang iklan dalam web, blog.. Klu x order awal pon boleh, sebab perkhidmatan kereta sewa nie boleh jumpa sekitar area Jeti LAngkawi.. Mesti ramai orang yang offer sepanjang laluan dari Jeti selepas keluar dari Feri..

Klu nak ambil Perkhidmatan Kereta Sewa di Hotel tempat penginapan pon boleh, Tapi yang nie apa yang saya tengok harga dia mahal sikit sebab dia nak ambil untung jugak dari pemilik kenderaan..

Review Perkhidmatan Kereta Sewa Langkawi
Gambar Hiasan - Credit
Sila ke Link Berikut untuk review 
Perkhidmatan Kereta Sewa



TQ
Read more ...

Wednesday, January 7, 2015

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi

Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman Pertama A'sim Naik Feri ke Langkawi

Kali nie bawa A'sim pergi Langkawi menaiki Feri.. Nie kali pertama bagi A'sim untuk naik Feri... Cheq pon baru kali ke-2 pergi Langkawi.. hehe.. Kami memilih Terminal Feri Kuala Perlis sebab jarak masa menaiki feri ke Langkawi Lebih cepat takut A'sim x selesa. Maklum la klu duduk statik lama, dia x berapa suka, klu boleh nak orang dukung bawak berjalan ja..

Klu nak ker Termnal Jeti Kuala Kedah pon boleh, tapi masa perjalanan dalam feri tu lama sikit la.. Perkhidmatan Feri Dari Penang dan Satun juga ada disediakan, tapi hanya ada beberapa trip sahaja.

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
A'sim & Adam dalam Kereta menuju ke Jeti Kuala Perlis
Kami bergerak dari Kg Banai, Jitra se-awal jam 8 Pagi selepas sarapan.. Mak Lang A'sim yang bawa kami ke Terminal Jeti Kuala Perlis.. Tq MAk Lang.. Adam dan Mak Tok juga turut datang temani kami ke sana.. Jarak jeti Kuala Perlis lebih kurang 30KM dari rumah Mak Tok.. 

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
Adam & Mak TOk di Terminal Feri Kuala Perlis

Dah Sampai di Terminal, terus beli tiket Feri. Nie maklumat mengenai tambang menggunakan Perkhidmatan Feri untuk satu hala, Klu 2 Hala darap jerla dengan 2:
Kuala Perlis - RM18.00 (Dewasa) 
RM13.00(Kanak-kanak)

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
Menunggu Feri di Terminal

Dalam terminal Feri, sempat lagi la A'sim berman dengan dengan Adam.. Seronok la dia klu ada orag yang menyakat.. Tambah-tambah klu orang melompat-lompat lagi la suka...

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
A'sim Di Terminal Kuala Perlis

A'sim berselfie sebelum naik Feri

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
Pemandangan Laut dan sekitar Pulau Langkawi 

Nie gambar dari dalam Feri, Air menghijau, dan dah nampak pulau langkawi dengan tempat penginapan di sekitar perairan Langkawi.

Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
A'sim di dalam Feri
 A'sim dengan topi burung hantu... Payah betul nak duduk diam.. Cepat bosan la tu.. terpaksala angkat ke tigkap bagi tengok laut....


Pengalaman Pertama Naik Feri ke Langkawi
Jeti Pulau Langkawi

 Alhamdullilah, selamat sampai di Jeti Langkawi.. Sila ikuti kisah seterusnya untuk perkembangan percutian di Langkawi.

TQ
Read more ...

Tuesday, January 6, 2015

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah

Assalamualaikum w.bt

Pengalaman Percutian Pertama 2015.

Kali nie, nak kongsi pengalaman percutian pertama 2015.. Destinasi pilihan adalah Negeri Kedah... Sebab apa negeri kedah? Tujuan utama untuk balik kampung, bawa A'sim jumpa Mak Tok..Nak dijadikan rezeki, ada cuti Tahun baru dan ada tiket offer murah dari MAS

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
MH 1202 - KL -AOR

1 Hb 2015, kami bangun seawal pukul 3 Pagi, masa tu baru nak kemas barang A'sim dan baju.. Kami bercadang parking kereta di Putrajaya dan pergi ke KLIA menggunakan perkhidmatan ERL.. Sebab pa Parking kat Putrajaya? Salah satu sebab adalahj kos parking yang tidak terlalu mahal dan parking berbumbung.


Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Keluarkan Bateri Kereta untuk cuti panjang

Sampai ja kami di putrajaya, Cheq terus bukak bateri kareta, Ni salah Satu Tips untuk letak kereta lama-lama..Cara nie sebab nak kurangkan risiko bateri habis.. 

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Terminal ERL Putrajaya

Kami sampai di putrajaya, A'sim masi tidoq lena, masa tu la bersiap bagi susu semua, Semasa kami baru sampai, ERL baru bergerak, so, kene tunggu next train la dalam 20 minit macam tu... Untuk makluman, harga tiket ERL dari Putrajaya menuju KLIA, lebih kurang RM6.20..

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
A'sim Tunggu ERL

Masa nie sempat snap A'sim masa tunggu ERL di terminal Putrajaya... Tengok kat situ, orang pon dah ramai, kebanyakan orang yang kerja di KLIA dgn KLIA2

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Check-in Barang

Dah sampai KLIA, terus ke tingkat 5, terus kami ker tempat letak barang. Masa tu pon, staff MAS dah inform Gate A7 untuk destinasi ke Alor Setar.

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Pintu Pemeriksaan

Lepas subuh, terus pergi ke pintu pemeriksaan untuk masuk.. Satu lagi tips, Better print boarding Pass sebab kadang-kadang boarding pass dalam Telefon tidak dapat diimbas oleh machine.. Nie aku tengok depan mata, seorang ibutapi gagal imbas barcod dalam telepon, pastu nak tak nak kene la dia pergi print balik boarding pass dekat kiosk.. Dah la mendukung anak, klu dah terlambat tu memang kesian la... Cadangan kepada KLIA, supaya meletakan 1 kiosk yang berdekatan pintu pemeriksaan.

 Jam dah sekitar pukul 7 masa kami mula masuk... Kesilapan utama sebab pergi Surau dekat International Gate dulu, dah la jauh... Patutnya daftar terus dalam pintu pemeriksaan, sebab surau memang ada dekat tingkat bawah (3) berdekatan dengan Marybrown... Dah la jauh Balai perlepasan A7 tu jauh, berlari-lari kami takut kene tingai... naya...Nasib baik bawa stroller A'sim, x la penat sangat nak kene dukung... Lama dah x lari, nak naik cram kaki... 

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Menunggu di Balai Perlepasan - A7

Sempat la jugak masuk dalam balai perlepasan.. tengok-tengok ada annoucement yang Kapal tu delay dalam 1 Jam lebih, Ada masalah teknikal katanya.. Kapal akan bertolak pukul 8.30.. Pulak.... hahaha.. wat penat jer lari... Tapi x pa la sempat la nak tukar pampers anak dulu... Bagi budak selesa sikit dalam kapal tu..

MAsa Dalam Kapal tu, Kapten tu mintak maaf sebab kapal delay, Sebabnya Pilot x der, Dia tahu last-last minit untuk ganti... Pilot tu sakit kot.. X tah la mungkin cakap sebab x nak bagi penumpang gelisah.. Kan banyak kes kapal terbang akhir-akhir nie.. Ahamdullilah semua selamat.. dan kami sampai Kedah nak jumpa Mak Tok A'sim...

TQ
Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates