Breaking News
Showing posts with label Kapal Terbang. Show all posts
Showing posts with label Kapal Terbang. Show all posts

Monday, June 8, 2015

Promosi Tiket Penerbangan AirAsia Murah

Assalamualaikum W.b.t Dan Salam Sejahtera

Syarikat Tambang Murah Air Asia sekali lagi membuat tawaran istimewa dengan menawarkan tiket promosi bermula dengan harga RM10.60 bagi penerbangan di dalam Negara..

Promosi Tiket Penerbangan AirAsia Murah
Air Asia

Tawaran Promosi AirAsia boleh ditempah sehingga 21 Jun 2015 bagi penerbangan dari 09 Jun Sehingga 30 September 2015... 

Promosi Tiket Penerbangan AirAsia Murah
Promosi AirAsia

Untuk yang berkira-kira untuk pergi Singapore bagi melihat Atlet Malaysia Beraksi di Sukan Sea boleh mengambil peluang ini untuk memberi semangat kepada Pasukan Malaysia..

Promosi Tiket Penerbangan AirAsia Murah
Harga Min Tiket AirAsia 

Bagi yang bercadang untuk pergi bercuti didalam negara terutama untuk musim Perayaan, bolehla mula merancang jadual cuti tahun 2015 dengan membuat tempahan awal bagi mendapatkan harga tiket murah..

Semoga Berjaya..

Read more ...

Thursday, January 22, 2015

Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile


Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejatera

Daftar Enrich Card Melalui App Store semudah A,B,C.

Apa kelebihan Enrich Card? yang tu boleh google secara detail lagi, antaranya boleh redeem point untuk tempat tiket penerbangan, maknanya dapat diskaun harga la..

Jika nak daftar melalui Laman Web, boleh layari Web Enrich untuk pendaftaran dan semakan point... Jangan risau, pendaftaran adalah PERCUMA

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
MHmobile

Cheq nak berkongsi cara pendaftaran Enrich Card melalui Aplikasi MHmobile.. Bagi yang baru nak daftar macam cheq, Boleh la daftar melalui MHmobile sebab user akan dapat 2000 point jika dibandingkan dengan pendaftaran secara web base yang hanya diberikan 1000 Point.. MH mobile nie boleh di install di App Store 


 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
MHmobile Dashboard

Bagi paparan melalaui Telefon mudah alih, pangguna boleh lihat trips/ Check in penerbangna, boleh tempah tiket, bloleh lihat status.. Info penerbangan juga disediakan dan tidak lupa tawaran yang disediakan oleh Malaysia Airlines

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
Pendaftaran Enrich Card melalui MHmobile

Jika baru hendak mendaftar, hanya masukan Nama Diri Sendiri dan Nama ayah, Alamt email untuk pengesahan dan No telefon.

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
Pengesahan Email

Setelah pengguna dah mendaftar, satu email akan dihantar untuk pengesahan pendaftaran

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
Makluman Lengkap Pengguna

Setelah pengesahan dibuat, pengguna perlu mengisi  Maklumat teperinci

 Daftar Enrich Card Melalui MH Mobile
Point Enrich Card

Setelah selesai, 2000 akan dimasukan didalam ekaun anda... Jika anda pernah menggunakan khidmat Malaysia Airlines sebelum ini, Anda boleh menuntut point penerbangan anda sebelum ini.

TQ

Read more ...

Wednesday, January 14, 2015

Promosi Terbaru Tiket Penerbangan MAS Murah 2015

Assalamualaikum W.b.t Dan Salam Sejahtera

Malaysia Airline (MAS) sekali lagi membuat tawaran istimewa dengan menawarkan tiket promosi bermula RM65..Sebelum ini MAS pernah membuat tawaran promosi tiket mas pada 16-18 Disember 2014 .

Promosi Terbaru Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
Malaysia Airlines (MAS)

Tawaran ini sah untuk tempahan bermula 14 Januari 2015 hingga 24 Januari 2015..

Tawaran promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015 ini untuk penerbangan dari 17 Januari 2014 Hingga 30 November 2014..


Promosi Terbaru Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
Promosi Terbaru MAS 2015

Bagi yang bercadang untuk pergi bercuti, bolehla mula merancang jadual cuti tahun 2015 dengan membuat tempahan awal bagi mendapatkan harga tiket murah..

Semoga Berjaya..
Read more ...

Tuesday, January 6, 2015

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah

Assalamualaikum w.bt

Pengalaman Percutian Pertama 2015.

Kali nie, nak kongsi pengalaman percutian pertama 2015.. Destinasi pilihan adalah Negeri Kedah... Sebab apa negeri kedah? Tujuan utama untuk balik kampung, bawa A'sim jumpa Mak Tok..Nak dijadikan rezeki, ada cuti Tahun baru dan ada tiket offer murah dari MAS

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
MH 1202 - KL -AOR

1 Hb 2015, kami bangun seawal pukul 3 Pagi, masa tu baru nak kemas barang A'sim dan baju.. Kami bercadang parking kereta di Putrajaya dan pergi ke KLIA menggunakan perkhidmatan ERL.. Sebab pa Parking kat Putrajaya? Salah satu sebab adalahj kos parking yang tidak terlalu mahal dan parking berbumbung.


Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Keluarkan Bateri Kereta untuk cuti panjang

Sampai ja kami di putrajaya, Cheq terus bukak bateri kareta, Ni salah Satu Tips untuk letak kereta lama-lama..Cara nie sebab nak kurangkan risiko bateri habis.. 

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Terminal ERL Putrajaya

Kami sampai di putrajaya, A'sim masi tidoq lena, masa tu la bersiap bagi susu semua, Semasa kami baru sampai, ERL baru bergerak, so, kene tunggu next train la dalam 20 minit macam tu... Untuk makluman, harga tiket ERL dari Putrajaya menuju KLIA, lebih kurang RM6.20..

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
A'sim Tunggu ERL

Masa nie sempat snap A'sim masa tunggu ERL di terminal Putrajaya... Tengok kat situ, orang pon dah ramai, kebanyakan orang yang kerja di KLIA dgn KLIA2

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Check-in Barang

Dah sampai KLIA, terus ke tingkat 5, terus kami ker tempat letak barang. Masa tu pon, staff MAS dah inform Gate A7 untuk destinasi ke Alor Setar.

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Pintu Pemeriksaan

Lepas subuh, terus pergi ke pintu pemeriksaan untuk masuk.. Satu lagi tips, Better print boarding Pass sebab kadang-kadang boarding pass dalam Telefon tidak dapat diimbas oleh machine.. Nie aku tengok depan mata, seorang ibutapi gagal imbas barcod dalam telepon, pastu nak tak nak kene la dia pergi print balik boarding pass dekat kiosk.. Dah la mendukung anak, klu dah terlambat tu memang kesian la... Cadangan kepada KLIA, supaya meletakan 1 kiosk yang berdekatan pintu pemeriksaan.

 Jam dah sekitar pukul 7 masa kami mula masuk... Kesilapan utama sebab pergi Surau dekat International Gate dulu, dah la jauh... Patutnya daftar terus dalam pintu pemeriksaan, sebab surau memang ada dekat tingkat bawah (3) berdekatan dengan Marybrown... Dah la jauh Balai perlepasan A7 tu jauh, berlari-lari kami takut kene tingai... naya...Nasib baik bawa stroller A'sim, x la penat sangat nak kene dukung... Lama dah x lari, nak naik cram kaki... 

Percutian Pertama 2015 - Destinasi Kedah
Menunggu di Balai Perlepasan - A7

Sempat la jugak masuk dalam balai perlepasan.. tengok-tengok ada annoucement yang Kapal tu delay dalam 1 Jam lebih, Ada masalah teknikal katanya.. Kapal akan bertolak pukul 8.30.. Pulak.... hahaha.. wat penat jer lari... Tapi x pa la sempat la nak tukar pampers anak dulu... Bagi budak selesa sikit dalam kapal tu..

MAsa Dalam Kapal tu, Kapten tu mintak maaf sebab kapal delay, Sebabnya Pilot x der, Dia tahu last-last minit untuk ganti... Pilot tu sakit kot.. X tah la mungkin cakap sebab x nak bagi penumpang gelisah.. Kan banyak kes kapal terbang akhir-akhir nie.. Ahamdullilah semua selamat.. dan kami sampai Kedah nak jumpa Mak Tok A'sim...

TQ
Read more ...

Friday, December 19, 2014

Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015

Assalamualaikum w.b.t 

Awal Minggu haritue, baru sebut nak balik Kedah... Tetiba Wife tertengok ada Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015 bermula 16-18 Dec... 

Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
Boieng 737-800

Agak beruntung kami sempat book perjalanan Tahun Baru 2015 ke kampung halaman hanya serendah RM252 Bagi 2 Orang Dewasa dan 1 Bayi untuk tiket 2 Hala.. Ini bermakna hanya RM126 untuk sehala... Lebih kurang harga naik Bas jugak la... Amat berbaloi... Masa dan tenaga pon boleh jimat banyak,

Jika dibandingkan dengan perjalanan menggunakan kereta, amat berbeza dari segi kos spt tol dan minyak dan masa perjalan yang selalunya mengambil masa 5-6 jam untuk ke Utara..

Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
Jadual Perjalanan

Tiket Ke Kedah kami ambil seawal pagi.. Sebab tiket Pagi dengan malam jer yang ada offer... Kami piih pagi sebab untung masa leh duk lama sikit kat kampung..hehehe

Flight kami ke kedah nanti MH1202 seawal jam 7:15 pagi pada 1 Januari 2015... Anggaran perjalanan lebih kurang 1 Jam.. Pkui 8.30 macam tu dah boleh "menyorok" la kat Jitra nanti.. hehe


Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
MH 1202

Kami plan balik kampung lebih kurang 5Hari.. Ambik banyak terus alang-alang ada Cuti Umum.. Balik ke KL menggunakan MH1253 lebih kurng jam 9 Malam.. Sesapa nak offer datang ambik check amat dialu-alukan... hahaha...

Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
MH1253


Harap harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan-Nya...

Sila ikuti UnT0nglaaa untuk Promosi Terbaru Tiket MAS 2015..

TQ
Read more ...

Wednesday, December 17, 2014

Hati-Hati Dengan Emel Program Loteri AirAsia RM300,000.00 kononnya

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang banyak cara-cara orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu. Ada melalui HP, ada penipuan melalui FB seperti kes Aisyah Sulaiman yang cheq buat sebelum ini. Kali ini, cheq ada menerima emel kononnya dari AirAsia.. AirAsia Program Eksluksif gitu... HAHAHA

 Tapi dari Laman Web AirAsia x der pon info tentang cabutan bertuah bagai... Sila rujuk Laman Web AirAsia untuk kepastian program dan promosi yang ditawarkan.

Hati-Hati Dengan Emel Program Loteri AirAsia RM300,000.00 kononnya
Laman Web AirAsia

Program ini kononnya dibawah Lembaga Permainan Asia dan Loteri.. Entah ada  pon x tau... X pernah cheq beli no ekor, tetiba menang loteri... Ingat senang ker orang nak bagi free... 

Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Emel Scam Program Loteri

Umpan hadiah berupa Cek sebanyak RM300,000.00 amat besar. Tapi pelik juga, cek akan dapat setelah menghubungi mereka... Klu dah menang tu, Mestilah penganjur yang akan maklumkan kepada pemenang...

Contohnya macam pemenang Sijil Premium BSN, Pemenang akan dihubungi oleh wakil dari BSN untuk menuntut hadiah tersebut..


Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Hadiah Program Loteri

Satu lagi kemuskilan tu, kene reply dekat JK Allen, emel bukan dari domain AirAsia...  my0511.com.. Benak ker apa, emel pon dah sah sah menipu... 


Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Maklumbalas Program Loteri

Klu ada terima emel macam nie, pendapat cheq x perlu la nak layan depa, takut-takut terjerat... Klu betul kita menang cabutan bertuah mesti pihak penganjur akan menghubungi kita tambah tambah jumlah yang besar....

Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates