Breaking News
Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Kos Rawatan Di Prince Court Medical Center

Caj Rawatan Pesakit Luar Di PCMC

Assalamualaikum w.b.t..

Jika Keluarga anda mengalami masalah kesihatan, di manakah klinik atau hospital yang tuan/puan akan pergi untuk mendapatkan rawatan?

Baru-baru nie, Anak cheq mengalami Demam dan Selsema, Harinie nak update tentang kos rawatan di Hospital... Kami ada pergi Prince Court Medical Center (PCMC) untuk mendapatkan Rawatan bagi Baby Demam...

Bagi kos rawatan, dibawah, cheq ada bgi detail harga untuk rujukan jika pergi ke sana..
Kos Rawatan Di PCMC
Caj Rawatan di PCMC
Klu tengok pada harga tu, lebih kurang caj jika kita pergi ke klinik mana-mana.. Bagi cheq, agak berpatutan sebab kami pergi pukul 11 Malam...

Detail Caj:

Konsultation   : RM 53.00
Oleh DAtin Dr. Wan Azfa Farahiah 

Medical & Surgical Supplies : RM25.45 - 
Yang nie kita dibekalkan alat nebulizer dan boleh dibawa balik.. Difahamkan benda nie boleh digunakan dalam tempoh 2 minggu.. Jika pergi buat rawatan lagi, caj nie akan dikeluarkan sebab guna alat sendiri kan...

Nursing Procedure  : RM 10.00 -  

Pharmacy - RM 37.65
Yang nie, aku dibekalkan 4 Ubat. 
1) Ventolin - untuk proses nebulizer
2) Ubat Demam - Paracetamol
3) Ubat Selsema - Iliadin
4) Ubat batuk - Lupa nama ( cheq x guna pon sbb takut nak bagi dekat baby)...

TQ..
Read more ...

Tuesday, October 21, 2014

Fulltime House Husband

1st Time Jadi House Husband Bersama Baby

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat lepas dah bawa A'sim pergi Hospital untuk buat Rawatan Nebulizer, sehingga Sabtu kami masih di Negeri Sembilan, Umah mentuaku sebab nak sambut kepulangan Mentuaku dari  Tanah Suci Mekah (Baru balik buat Haji).. suhu A'sim masih sekitar 38 - 39,demam dia belum kebah.. Risau gak dah 4 hari demam nie..Sebab cuti tahunan cheq masih banyak, kami buat keputusan untuk cheq ambil cuti hari isnin sebab nak jaga A'sim... 

Awal pagi, selsema dan Batuk A'sim masih teruk.. Cheq terus hidupkan sterilizer yang diletakan bawang putih untuk hasilkan wap, pastu tekup muka baby.. Meraung la dia, tapi kene sabar la sebab nak bagi cepat sihat.... Bagi jer susu terus tido, lega gamaknya hidung tue.

Pagi dalam pukul 9 Pagi macam tue, A'sim dah bangun, terus bawa pergi mandi dengan air suam.. kali nie, kene cepat bag susu untuk pujuk dia makan ubat (paracetamol - 2ml)

Ubat Baby Demam
Paracetamol 2ml
Tapi part nie la yang paling susah, selalu mesti dia luah balik ubat tue.. cheq rasa manis jer.. hehehe.. Tapi alhamdulillah, A'sim bagi kerjasama yang baik... Reti pon makan Ubat...
Ubat Demam Baby
Bagi Ubat Demam Baby

Lepas bagi ubat, Cheq bagi air zamzam sikit yang Atok A'sim bagi... Periksa suhu, nampak dah makin surut demam, cuma batuk dengan selsema ja lagi yang belum hilang sepenuhnya.. Seronok tengok dia dah aktif macam biasa.. Alhamdulillah... Cuma takut gak la nak hantar rumah pengasuh balik sebab A'sim dah 4 hari merap. Tidur malam pun nak orang peluk... Mesti dia buat perangai.. hehehe

Demam Baby dah Kebah
Budak baru baik Demam

Harap A'sim sentiasa sehat dan terus Aktif...:)
Read more ...

Friday, October 17, 2014

Rawatan Untuk Baby Demam Dan Selsema

Rawatan Nebulizer Untuk Demam Dan Selsema A'sim

Assalamualaikum w.b.t

Semalam masa ambil A'sim dari rumah pengasuh, Kak Murni (Pengasuh A'sim) ada bagitau yang dia kurang minum susu... Mungkin dia x larat sgt kot... Sampai jer kat rumah aku terus cek di punya suhu... 38.8.. tinggi betul... Selang 1/2 jam aku cek... Result dia antara 38.0 - 38.9.. Aku panaskan susu ibu dalam 5oz mcm tu... Sepanjang 1 jam aku letak botol tu, 2oz jer dia minum....Dia merengek pon bunyi macam orang x larat....

A'sim Demam 38
Baru Balik dari Rumah pengasuh

Aku ambil tuala kecil pastu "jelum" dengan air suam.... Dia nanges pon tersekat-sekat sebab ada benda macam sekat dia punya hidung... Bunyi pernafasan pon kuat semacam....
Tuam Baby
Tuam Air
Wife balik jer, terus kemas barang nak bawa pergi Hospital...  Lebih kurang pukul 11 malam macam tu kami gerak pergi Hospital.. Sampai jer kat Hospital, kami pergi kat Emergency Dept, sebab malam kan, Lepas settle urusan daftar, terus nurse amik untuk periksa, pastu dengar doc ada inform dekat nurse untuk ambil darah... 

Sebelum ambil darah, kene bawak masuk jumpa Doc bertugas, Malam tu Datin Dr. Azfa Farahiah yang bertugas.. Lepas periksa, dia suruh nurse bawa kat bilik rawatan...Nurse masukan alat Nebulizer kat muka Baby yang demam.. Menangis x berenti la dia, x selesa kot.. 
Aku pon x tahu apa rasa benda tu..X pernah merasa buat benda tu.. haha.. Nurse tu cakap nebulizer nie untuk mencairkan kahak yang tersembuat... sama ada keluar melalui hidung atau ditelan Baby dan menjadi najis la....
Nebulizer untuk Baby
Nebulizer untuk baby

X Sempat ubat tu habis (aku lupa nama ubat yang dimasukan tu), Sampai tertido Baby, Letih menangis sampai tertido... dah la x minum banyak.. Tapi lepas rawatan tue, nampak la Baby boleh bernafas secara lancar untuk sementara... 

Tidur Semasa Nebulizer
Tidur masa Nebulizer

Habis jer rawatan, nurse tu bagi terus Alat Nebulizer tu kat kami sebab dah caj sekali. Katanya boleh guna dalam 2 Minggu jika nak gunakan lagi rawatan nebulizer tue, boleh gunakan yang dia bagi tue la.. 

Lepasa selesai, ambil ubat kat farmasi:
1) Iliadin - Untuk keringkan selsema dalam Hidung
2) Ubat Batuk untuk Baby
3) Ubat Demam Untuk Baby (Paracetamol)

Tapi wife ada inform dia terkejut gak dah ada ubat batuk untuk Baby, tapi dia x nak guna sgt .. Hanya nak guna jika betul-betul serius...

 Apa pendapat korang tentang ubat-ubatan nie, klu korang bagi x Baby korang makan?......


Read more ...

Thursday, October 16, 2014

Cara Nak Mengatasi Bayi Selsema

Petanda Awal Bayi Demam

Assalamualaikum w.b.t

 Dua hari lepas A'sim hanya batuk batuk.Semalam Asim mula tunjuk tanda-tanda nak demam, selsema dah makin teruk,minum susu dah mula kurang, Muntah banyak... Pening x tau nak buat apa... 1st Time A'sim selsema, Sebelum nie masa pantang hanya demam kuning tu ja,, tapi dulu x la teruk sangat..
Hidung Selsema
Lendir- Lendir dari Hidung meleleh keluar

Semalam, terus potong bawang merah untuk letak kat baby... Ada terbaca yang bawang merah dapat tarik virus@bakteria... Pastu bakar bawang putih dan letak dengan minyak zaitun untuk sapu kat badan dengan kaki baby...

Hirisan Bawang Merah untuk serap virus
Bawang Merah yang telah dihiris

Dah Sapu minyak kat badan bayi, still hingus meleleh... Ambil Baby nose cleaner untuk sedut hingus yang menyekat pernafasan baby. Beli benda nie sebelum A'sim dilahirkan lagi, masa ada Expo dekat KLCC awal Tahun 2014...

baby Nose Cleaner
Sumber Pic : Cillymomma

 Mintak tolong wife pegang baby, sebab nak cuba guna steamer untuk tekup muka A'sim kat wap tu, bagi hingus keluar banyak lagi. Tu pon guna vsteriliser....Tapi x tahu nak letak apa dalam air tu, cummin oil x der. kat rumah.. Terus nyesal x beli... Hmmmm...Nampak lega la sikit muka dia lepas proses steam tu....
Hingus berkurangan
Baby A'sim

Agak lewat la baby tidur semalam, Malam yang panjang...:(,kesian tengok dia tidur x berapa nak nyenyak... Agak kerap dia bangun...  x mampu nk bujat apa dah... Peluk ja la bagi dia rasa selesa sikit...

Baby Tidur
A'sim Tidur












Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates