Breaking News

Monday, August 18, 2014

Baby Berenang di Little Spa Kingdom

A'sim Berenang di Little Spa Kingdom

Assalamualaikum,

Hujung minggu saja nak bawak A'sim cuba belajar berenang lepas A'sim dah cukup umur 3 Bulan... Wife yang bgi idea bawa A'sim cuba pergi tempat baby berenang sebab tengok dia seronok sangat duk dalam tab masa nak mandi... Lenguh tangan pegang, x leh duk diam ashik nak berkayuh jer kaki tu.. 

Wife ada sarankan beberapa tempat untuk cuba bagi  baby berenang.. Tapi Kami pilih Liltle Spa Kingdom dekat Publika, Solaris Dutamas sebab dekat dengan rumah... Appointment boleh dibuat secara emel, telepon atau walk in.. Better buat appointment, takut ada ramai sgt orang kene tunggu turn...

Barangan keperluan yang perlu dibawa hanya Baju, pampers biasa jer, nanti pampers untuk berenang dah termasuk di dalam harga yang disediakan....

Untuk ibu bapa yang x suka bersesak tu seeloknya buat temujanji awal pagi...Appointment A'sim dalam pukul 9 pagi macam tu...  Sampai sana memang x banyak kedai yg bukak lagi la...Tapi lepas nie, nak cuba pergi masa ramai orang la sebab A'sim suka klu ramai orang, suka menyembang agaknya.. hehehe.

Lepas settle jer isi boran, A'sim terus dibawa ke tempat  persalinan, tukar pampers, pastu terus buat senaman Yoga dalam 5 minit macam tu... Lebih kurang macam buat rengangan dulu.. :P

 Kolam Kat sini ada 2, Klu kolam kecik nie, untuk baby yang umur 6 Bulan kebawah.. Yang besar macam jakuzi tu untuk 6bulan - 3 Tahun klu x silap.. Tapi bergantung gak, klu baby abawah 6 bulan dah aktif sangat, boleh bawa kat kolam besar..

Kolam-kolam nie, airnya suam-suam dalam 32 -34 macam tu... Ibu bapa pon jangan risau sangat, lepas setiap sesi, maknaya selepas baby mandi, diog akan buang air tu dan akan  refill balik air baru...

Terdapat 4 Kolam kecil dan 2 Kolam Besar kat Lilttle Spa kingdom.

Lepas Selesai, Time untuk diletakan didalam Kolam Kecil.... Sesi berenang dibuat max 20 minit.. bergantung kepada keadaan.. Klu baby nampak dah penat diog akan stop lagi awal la....

Pemandangan Dari Atas

Kolam nie, yang bestnya boleh tengok kat cermin kaki anak kita tendang menendang masa dalam air tu...

Berkocak air dibuat A'sim klu ada orang sergah.. hehehe.. Best sangat tengok anak kita mandi dalam tu... Lagipon Berenang jugak merupakan Sunnah dari Nabi kita...


Lepas selesai berenang,  A'sim akan diurut lebih kurang 20 Minit macam tu....
Klu Ambil Baby SPA Pakage akan dapat perkhidmatan berikut:
Baby Yoga - 5 Minute
Baby Swim  - 20 Minute
Baby Massage - 20 Minute

Untuk pakage lain boleh refer harga dibawah:
Nie disediakan pakage yang ditawarkan Oleh Little Kingdom.. boleh la ibu Bapa riki-riki tengok budget macam mana kan..

Nie ada beberapa color dan design untuk manicure & Pedicure service kat 1 corner di Little Spa.. 


 Nie corner untuk potong rambut anak-anak.
 

Little Spa Kingdom jugak ada menjual cloth diapers.. klu yang suka bawak anak berenang tu, boleh la cuba beli... tapi pastikan saiz tu cukup sesuai untuk anak.. klu x rugi la boleh guna kejap jer...
 


Last sekali, nie ada video A'sim duk berendam dalam kolam tue... hehehe:




TQ

Read more ...

Saturday, August 16, 2014

Hati-Hati Dengan Penipuan Di FB oleh Aisyah Sulaiman

Assalamualaikum...

Cheq ada terima Private Message dari Aisyah Sulaiman. Pelik jugak, orang UK boleh message kita nak datang Malaysia nak bercuti.. Pastu suh kita terang tentang diri kita... Cuba google nama Aisyah Sulaiman nie... Jumpa kat Bloh HAZRIE yang dia pernah dapat message pancing dari Akaun Aisyah Sulaiman.. Propaganda Sebenar cheq pon x tau... Tapi modus operandi dia macam sama, gunakan akaun Berprofil perempuan, dan mencari suspek Lelaki....


Nie Akaun FB dia, Klu dapat Private message dari dia, harap berhati-hati la...
Hati-Hati Dengan Penipuan Di FB oleh  Aisyah Sulaiman

Klik picture untuk pergi kat akaun dia...
FB: https://www.facebook.com/aisyahsulaimanz

So nak tahu gak la Apa yang "aisyah" nie nak sebenarnya masih belum terjawab...

Hati-Hati Dengan Penipuan Di FB oleh  Aisyah Sulaiman

Nak datang Malaysia apa kene mengena dengan personal orang... Klu nak Datang Tanya la Travel Agent Kan...  Siap bgi no Tel tu.... nak suruh call la tu.. mmg x la... cheq pun guna prepaid jer.... hehe

 Lepas 2 hari, cheq cuba balas, tapi message dia macam dah ada template, cuma bertukar ayat sikit2 jer...pertanyaan kita pon x jawab... dia ashik duk cerita dia orang UK.. Nak datang Malaysia melancong, pastu cerita nak buat investment dekat tanah ayah dia...  
Hati-Hati Dengan Penipuan Di FB oleh  Aisyah Sulaiman

Nie message Dia mula nak pancing... X da orang yang dikenali di Malaysia... klu korang la kan, korang nak pergi ker kat Luar Negara just bergantung kepada Kenalan Kat FB atau Internet nie yang baru kenal 2-3 hari? Tgk profile boleh tahu orang tu baik ker? Dah la cheq letak gambar Luis suarez... Ashik gigit orang jer dalam game.. Tu pon dia kata baik.. hahaha.. Pastu tanya tentang investment.. Pergi la bank tanya... Dia ingat Cheq investor kot.... hehe:P 

Hati-Hati Dengan Penipuan Di FB oleh  Aisyah Sulaiman

Nie message susulan , nak suh kita bgi gambar kat dia.. kata dah tgk profile.. amik la Gambar Luis Suarez tu.. hehehehe... Kali ini Umpan dia amat menarik dgn nk bgi modal 200,000 pound tu suh kita invest.... 

Hati-Hati Dengan Penipuan Di FB oleh  Aisyah Sulaiman

Ni last message dari dia... Cheq x da ayat nak balas lagi.... Tapi modus operandi dia amat berhati-hati dan tidak gopoh.... Dia hanya menunggu suspek balas balik message dia baru dia akan balas balik...

Nak tahu gak apa yang dia nak seterusnya... Klu ada, cheq akan bongkarkan kisah kesudahannya... HEHEHE... 



Read more ...

Friday, August 15, 2014

Tutorial - Animated Recent Posts

Assalamualaikum...

Saja Nak share cara nak tambah animated recent post kat Blog seperti gambar dibawah

Tutorial - Animated Recent Posts
Demo Animated Recent Posts


Step by Step

1) Klik Pada Layout
Tutorial - Animated Recent Posts

2) Klik Pada Add Gadget
Tutorial - Animated Recent Posts

3)Klik Pada HTML/Java Script
Tutorial - Animated Recent Posts

4) Copy Script Di bawah

Beberapa perubahan pada Scripts berkenaan perlu dilakukan:
1) Homepage : http://URL-BLOG-ANDA - tukar kepada blog anda .cth: ("http://khudri2337.blogspot.com/"
2)Limitspy = 6 - tukar ikut berapa recent post yang anda nak...

5) Masukan Didalam "content".. Klik Save.. 
Tutorial - Animated Recent Posts

Anda Boleh Lihat Hasil.... TADAAAAA...................

Selamat Mencuba

P/s: Berkemungkinan tidak support ke Semua template....
Read more ...

Thursday, August 14, 2014

1st Time Menang Giveway - Anniversary Yana & Dean

Assalamualaikum...

Entry nie baru nak publish. X sempat buat haritu sebab kalut nak balik kampung masa Raya....
Nie 1st Time Cheq menang Giveaway Anniversary yang dianjurkan oleh Yana sempena ulang Tahun Pernikahan Yana & Dean yang berakhir 1 Jun 2014.. Senarai penuh 63 peserta dikeluarkan pada 24 Jun 2014... Keputusan Pemenang Yana keluarkan pada 10 July. Dapat no.2 tu... Hadiah berupa Al Quran + (DVD & Tafsir).. 

Tapi yang bestnya cheq x sedarpon yang senarai pemenang telah dikeluarkan oleh Yana... Selalu masuk dia punya Blog, nampak yang paling latest entry jer....  pada 17 hb July tu la bru sedar... Nasib baik sempat reply... Hari terakhir untuk tuntut hadiah tu.. hehehe... Dah namanya rezeki... x kemana kan...

25 July, hari khamis masa orang semua dah balik kampung untuk sambut Raya, cheq terima bungkusan Pos Laju Lnie.... Cantik betul tulisan orang perempuan kan....  Klu cheq tulis tu... memang susah sikit la org nak baca.. hehehe..
 Bungkusan Pos Laju


Setelah dah bukak bungkusan tu, Dapat Al Quran berserta terjemahan, Besar punyaa... siap dapat DVD tajwid lagi bersama Tan Sri Hassan Azhari.... Kenal x HAssan Azhari nie? Dia la Ayah kepada pelakon Jalaludin Hassan dengan Ketu IGP Malaysia sebelum ini, Musa Hassan....
 Al Quran  + DVD

Al Quran nie, cantik, siap ada warna warni lagi untuk tajwid.. 
Isi Al Quran dan Terjemahan.

Terima Kasih banyak2 Yana... Semoga Naskah ini digunakan sebaiknya oleh kami sekeluarga, dan saya mengucapkan semoga ikatan pernikahan Yana & Dean berkekalan dan sentiasa dirahmati oleh-NYA..

Pada masa yang sama, cheq akan masukan Blog Yana Pink Blossom dalam Bloglist untuk Bulan 8 nie.

tq
Read more ...

Wednesday, August 13, 2014

Follower #100 UntOngLAAAA

Assalamulaikum..


Alhamdullillah ada jugak yang sokong Blog UntOngLAAAA setelah 2 Bulan Blog Baru express dibina..(biar la baru 100 pun.. hehehe) Terima Kasih banyak-banyak kepada yang sudi join... tiada anda siapala saya.. hehehe...

Follower bertuah UntOngLAAAA yg ke 100 adalah Aini dari Blog HijauKoko.. Blog HijauKoko berkisar tentang kehidupan aini dan kawasan yang boleh dilawati sekitar Pulau Langkawi... Juga ada menyediakan Perkhidmatan Sewa Kereta dan ada buat business Kad terutama untuk majlis Kahwin.. klu ade sesiapa yang berminat nak melancong boleh la contact aini..
Aini: 019-3986724 

Dengan pada masa yang sama, cheq akan meletakan Blog HijauKoko didalam Bloglist untuk Bulan 8 nie... 

tq
Read more ...

Tuesday, August 12, 2014

Pencarian Kambing Untuk Majlis Akikah A'sim

Assalamualaikum

 Hujung Minggu lepas, Atok A'sim Bawa kami pergi tengok Ladang kambing kat Kg.Nyatoh, Rautau, Negeri Sembilan.. Kenduri Akikah A'sim dirancang dibuat sekali dengan Kenduri doa selamat sebelum mentua pergi Mekah Untuk tunaika HAJI tahun nie.... Seeloknya aqiqah dilakukan pada hari ke-7 kelahiran...

Nie bukan iklan, cheq x tau nak cari kambing sekitar seremban nie.. Jadi, Atok A'sim bawa la pergi tengok dekat Intisyar Farm....

Intisyar Farm

Nie la Tempat letak kambing kambing yang bakal dijual.. Difahamkan, peladang disini banyak yang import kambing kambing sebelum dijual... Ada jugak baka dan induk yang dibela untuk diternak...

Kandang Kambing

Sekitar Kawasan Kandang Penternakan Kambing. Kebanyakan dari baka Janapari dan Boer..

Kandang Penternakan

Kat sebelah Kandang penternakan, ada kandang untuk penempatan kambing bagi tujuan korban, aqiqan atau kenduri..

Syarat Sah Aqiqah : 
1. Berniat Aqiqah ketika menyembelih
2 . Binatang Aqiqah harus berkaki 4, KAmbing, biri-biri, unta, lembu, dan kerbau.
3. Binatang yang memenuhi syarat sembelihan.
5. Umur binatang harus cukup umur.

Syarat Umur binatang untuk tunaikan aqiqah, 
Klu kambing mesti 2 Tahun keatas..
Klu Bebiri - Genap setahun keatas atau telah gugur gigi hadapan

P/s: Klu ada kesalahan,mohon untuk perbetulkan saya.. tq

pandai betul Kambing Bebiri nie selfie...


Kambing Feral berselfie.

Untuk Tujuan aqiqah, Cheq pilih Kambing Bebiri dan Kambing Feral- Kambing dari Australia... Atok A'sim ambil 1 Ekor bebiri.. Total 3 ekor..

Harga Kambing di Intisyar Farm :
Kambing Feral : RM850
Kambing Biri Biri : RM 900
Upah Sembelih : RM50/ekor
Read more ...

Thursday, August 7, 2014

Peraduan "Snap A Selfie Contest"

Tema : Fun Time With Kids & Family




Cara - Cara Penyertaan:

 Hantarkan Gambar Selfie bersama Anak dan sertakan bersama detail berikut ke facebook Mom's Care atau emailkan ke enquiry.momscare@gmail.com :
  • Nama
  • No IC
  • Alamat Rumah
  • No Telefon
  • Emel
Kategori Hadiah Pertandingan

1) Best Photo Category - 
Urban connect Stroller bernilai RM2,000

2) The Most Likes Category


Contour Prestige Primo bernilao RM1,800

 Untuk Maklumat Lanjut boleh Layari:
Facebook : Fan Page Mom's Care 
Blog : mom's care malaysia




Read more ...

Wednesday, August 6, 2014

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum....

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Sudah 10 hari kita menyambut Aidilfitri bagi tahun 1435 Hijrah. Masih tidak ketinggalan untuk memohon maaf  sekiranya ada kekhilafan dalam percakapan dan perbuatan.. Tidak lupa untuk saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam...

Jadual penggiliran beraya sudah dipersetujui oleh semua anak beranak Kak Yah termasuk menantu. Pada Tahun ini, Kami semua adik beradik akan beraya dirumah Mak di Kampung Banai pada Hari Raya Pertama, Jitra... 

Keluarga Besar Kak Yah Banai

Mak la yang paling seronok, semua 7 anak-anak balik beraya.. Macam biasa, selepas Sembahyang Sunat Hari Raya, Kami berkumpul untuk mengambil gambar kenangan.. Lepas tue, baru la kami 7 beradik akan pergi mengunjungi sanak saudara di sekitar Kedah untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim.. Maklum la, jrang-jarang balik nie, banyak la cerita kan... :P
Anak Beranak Kak Yah
Khairul Azhar (Baat)  : Tinggal Di Kuala Terengganu
Khairul Rizal (Ijan)  : Tinggal di Kubang Kerian, Kelantan
Nur Hafizah (Not)  : Tinggal di Tanah Merah, Kedah
Muhammad Khudri (Mat)  : Tinggal Di Kuala Lumpur
Nur A'tikah (Tikah)  : Tinggal Di Sg.Petani
Muhammad Fatah (Fatah) : Tinggal dgn Mak, Kg Banai.
Luqman Hakim (Hakim) : Tinggal dgn Mak, Kg Banai.

Sehingga hari ini, Mak baru ada 8 cucu, 7 Leaki , 1 Perempuan, 1 meninggal waktu kecil.. 

Tahun nie, chek sudah bertiga, A'sim baru 2 Bulan lebih.. Dapat gak cari baju melayu dia...  Banyak lak celoteh dia dengan Pak Ngah (Ijan) dia..

A'sim Beraya di Rumah Mak Tok


Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates