Breaking News

Saturday, November 22, 2014

Maternity & Children Expo

8th Maternity & Children Expo Di Mid Valley

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) tidak lekang dengan event sepanjang tahun.. Kali nie, 8th Maternity & Children Expo yang dianjurkan oleh The Concept Exhibition (M) Sdn.bhd berlangsung bermula 21 November - 23 November 2014..

Maternity & Children Expo
8th Maternity & Children Expo

Apa ang menarik, pengunjung boleh redeem hadiah berupa Mini Small Square Softcover Photobook 6" x 6"..Syaratnya cukup mudah dengan hanya mendaftar di laman web penganjur, TCE

Maternity & Children Expo
Guaranteed Welcome Gift

Selepas daftar, boleh tengok dekat email surat untuk menebus hadiah, sila pastikan tunjuk surat tebusan dan bawa bersama IC untuk tuntut hadiah nanti...


Maternity & Children Expo
Aturcara 22 November

Event berlangsung selama 3 Hari, mungkin cheq nak dtg pada hari Sabtu, 22 November, cheq bagi info skit tentang aturcara aturcara bagi aktiviti di stage untuk rujukan klu ada sapa- sapa berkenan nak join aktiviti kan...

Untuk maklumat lanjut dan kepada sesiapa yang nak join lucky Draw, Boleh la like dan Share Fb:


Jom anda di sana nanti

TQ

Read more ...

Friday, November 14, 2014

International Baby Expo (IBEX) 2014

International Baby Expo (IBEX) 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

International Baby Expo (IBEX) sekali lagi mengadakan Expo  di KLCC..KLCC memang sinonim dengan Expo yang dijadualkan sepanjang tahun... Kali ini International Baby Expo kembali dan dianjurkan oleh Sphere Exibit Malaysia..

Tarikh Expo Berlangsung: 14 Nov - 16 Nov 2014

International Baby Expo (IBEX) 2014
IBEX KLCC 2014

Kali terakhir cheq pergi Expo baby dekat KLCC awal tahun 2014 yang dianjurkan oleh motherhood Expo 2014 pada 28 Feb hingga 02 March 2014.. Kat situ la sempat beli Car Seat.. Selalunya beli dekat expo la yang boleh dapat diskaun... Tapi kene rajin check jugak la dekat luar.. kadang2 harga di Expo macam jual dekat luar jer...

Bagi Ibu bapa yang sedang membuat persiapan menyambut skelahiran si kecil anda, boleh la berkunjung kesana.... Masa nie la nak beli keperluan lain untuk Baby..

International Baby Expo (IBEX) 2014
Hadiah Lucky Draw IBEX 2014

Ibu Bapa berpeluang memenangi Hadiah Cabutan Bertuah dengan membeli Stroller dan Car Seat serendah RM5.. Syaratnya cukup mudah..
2) Share Gambar seperti di atas LINK ini.
3) Tulis Nama penuh anda di LINK ini
4) Pergi ke KLCC, Jika bertuah nama akan diumumkan oleh Pengacara pada masa tertentu seperti di atas.

Jom Singgah ke International Baby Expo 2014 di KLCC.
Read more ...

Thursday, November 13, 2014

Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom

Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom


Assalamualaikum w.b.t.

Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom

Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom secara rasminya dilancarkan hari ni. Giveaway ini adalah bersempena dengan sambutan hari lahir Yana pada 17 November ni. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ni...Insyaallah. 

Giveaway ini akan berlangsung sepanjang bulan November sahaja iaitu pada 1 November 2014 (12.01 am) hingga 30 November 2014 (11.59 pm). Jadi semua bloggerista yang cantik, manis, kachak dan hensem...Yana sukacita menjemput korang untuk join GA ni yer. Bagi menghargai penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah GA ni, so...korang kena lah ikut syarat di bawah yer :-

SENARAI HADIAH :

Mystery Gift x 1 Top Referral [Yana Afi]
Blog Review x 2 dan Bloglist x 3 [Syira Lokman]
Kain Telekung Sulam x 1 [Hasrul Hassan]
1 Mineral Eye Colour Mary Kay + 1 Free Facial dan 1 Lip Applicator Mary Kay + 1 Free Facial
[Sofuriah Hashim]
Topup RM5 x 2 [Syahira Nadia]
Topup RM5 x 1 [Izwani Eliyana]
Barangan Kosmetik x 1 [Love Lissa]
Shawl x 1 [Amy Shah]
Blog Review & Bloglist x 3 [Wadhihah Hadi]
Novel + Autograf Penulis Eksklusif x 2 [Anies] 

Nak join? Klik Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom.
Good Luck!!!

Hepi besday Yana... Moga dilimpahkan rezeki dan diberi Rahmat oleh-Nya


Read more ...

Tuesday, November 11, 2014

Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi

Makanan Pejal Pertama Untuk A'sim 

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah percubaan bagi penyediaan makanan pejal untuk bayi setelah cukup umur 6 Bulan berjaya.. Sebenarnya 5 Bulan lebih klu ikut Calender tapi dah genap 180 Hari, tibalah masa untuk bagi A'sim makan.. 

Sebelum ini ada terbaca yang Bayi umur bawah 6 bulan tidak boleh makan walaupon bubur dan air suam..Sebab usus bayi masih belum bersedia untuk hadam makanan tersebut. Bayi usia di bawah 6 bulan hanya disarankan minum susu.. sebaiknya susu ibu diberikan sehingga 2 Tahun.

Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
Puree Labu

Sebelum tu Labu dipotong kecil-kecil dan dipanaskan.. Dan lembut, terus blend sebab nak bagi texture makanan tu lembut dan halus... 

Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
Suapan Makanan pejal pertama bayi

A'sim excited sangat tengok makanan dia.. Sebelum nie ashik tengok ibu dan ayah dia makan.. Dia kunyap mulut jer la... hehe.. Untuk penyediaan makanan pejal bayi yang pertama, kami mencuba labu.. Bukan semestinya 1st makanan labu yer... 

Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
Labu 

Ada kawan inform yang labu nie berangin...kena pantau closely la lepas nie.. takut kembung lak.. :).
Nampak gayanya, labu pon dia suka... boleh la teruskan sehingga 4 hari... Ada orang sarankan jangan tukar jadual makanan pejal bayi yang pertama sebab nak tengok sama ada bayi alergi atau x terhadap makanan tersebut.. klu lepas 4 hari x ada apa-apa masalah, maknanya bayi tidak alah kepada makanan tersebut.. klu tiap tiap hari tukar susah ibu bapa nak detect makanan mana yang beri masalah kepada bayi.

Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
John Labu

Sedap sangat ker labu tu? Biar gambar berbicara...boleh pangil John Labu nie..hehehe.. Makanan pejal pertama untuk a'sim berjalan lancar... 

Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
Selesai Makan Puree Labu
 Alhamdullilah setelah makanan pejal yang pertama untuk A'sim berjaya dihabiskan... Dah kenyang agaknya, terus tidur.. 3 Jam lak tu... Selalunya klu pekena susu x sampai 3 jam mesti bangun..

Lepas nie slow slow tukar makanan pejal untuk A'sim. boleh la cuba epal lak nanti..

Tq
Read more ...

Sunday, November 9, 2014

Rujukan Handblander Untuk Persiapan Makanan Bayi

Handblander Untuk Persiapan Makanan Bayi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ada beberapa jenis Handblander sebagai panduan untuk dibeli bagi persiapan awal penyediaan makan Bayi.. Handblander nie adalah bagi si kecil makan terutama buah-buahan yang perlu dikisar terlebih dahulu untuk dijadikan puri.. 

Handblander menjadi pilihan ibu bapa sebab x nak guna blander yang sedia ada sebab nak separate antara kegunaan dapur dan untuk anak.. Tujuan lain penggunaan Handblander untuk persiapan makan bayi nie, juga dipilih sebab senang nak bawa (mobile) dan boleh blend walaupon makanan berada dalam keadan panas.. 

Ada beberapa jenis Handblander yang boleh dipilih untuk tujuan penyediaan makanan untuk si kecil.. Disini, cheq ada buat beberapa perbezaan beberapa jenis handblender yang boleh dijadikan panduan untuk pembelian. Hand Blender boleh didapati semenanjung Malaysia.

Kenwood Triblade HB724
Salah satu sebab HB724 nie patut dipilih sebab ada 3 blade dan blade tue diperbuat daripada besi tahan karat.. Model nie menjadi pilihan sebab banyak accessories tambahan, antaranya:
- Stainless steel Wand
- Beaker
- Chopper
- Whisk
- Puree masher
- XL pan blender

Berat : 1.98KG
Watt : 700W
Rujukan Handblander Untuk Persiapan Makanan Bayi
Kenwood HB724 
Tefal Slimforce HB853840
Tefal Slimforce mempunyai 4 blade diperbuat daripada besi tahan karat.. Accessories tambahan, antaranya:
- Stainless steel Wand
- Beaker
- Chopper
- Whisk

Berat : 1.8 KG
Wattage : 700W
Rujukan Handblander Untuk Persiapan Makanan Bayi
Tefal Slimforce HB853840

Kenwood Triblade HB682
Triblade HB682 nie mempunyai 3 blade bagi pengusar utama yang diperbuat dari besi yang tahan karat. Accessories tambahan, antaranya:
- Stainless steel Wand
- Beaker
- Chopper

Berat : 1.19KG
Watt : 450W
Rujukan Handblander Untuk Persiapan Makanan Bayi
Kenwood  HB716

Philip HR1617
Philip HR 1617 mempunyai hanya 2 blade diperbuat daripada besi tahan karat.. Accessories tambahan, antaranya:
- Stainless steel Wand
- Beaker
- Chopper
- Whisk

Wattage : 650W
Rujukan Handblander Untuk Persiapan Makanan Bayi
Philip HR1617

Sebenarnya banyak lagi handblender yang berkualiti dan boleh didapati di Malaysia. Cheq hanya menyenaraikan beberapa handblender yang dirasakan berkualiti dan tahan lama dan juga sedap mata memandang.. Hehehe. Antara ciri utama  pemilihan adalah Stainless Steel Blade..

Klu ada nak buat pilihan tu, banyak faktor yang perlu diambilkira dan cheq berharap korang berjaya untuk membuat pilihan yang terbaik. Pernah dengar x ayat iklan dibawah:

Yang Baik Tidak Semestinya Mahal, Yang Mahal Tidak semestinya Baik



Read more ...

Saturday, November 8, 2014

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ


Food Review : Pak John Steamboat & BBQ

Nie kali kedua cheq join aktiviti food review bersama blogger.. Terima Kasih kepadda Halim Brother yang sudi menjemput cheq untuk menyertai beliau dan 3 blogger lain, Ujie, Elana dan Ieda Han pada 01 Nov lepas di Restauran Pak John Steamboat & BBQ di eCurve, Damansara..
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Pak John Steamboat & BBQ

 Pak John Steamboat & BBQ juga menyediakan premium Produk yang diimport khas dari luar untuk dihidangkan di outlet Pak John Steamboat & BBQ, Antaranya :
Australia Best Slices
New Zealand Best Slices
Smoked Duck Breast
Premium Abalone Slices

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
We Serve Quality & Fresh

Pak John Steamboat & BBQ menyediakan lebih dari 100 hidangan yang berkualiti dan Fresh..Terbaik dari Ladang.. Bagi pengemar daging salai seperti cheq, Daging black pepper juga disediakan disini..
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Hidangan di Pak John Steamboat & BBQ

Ada juga beberapa makanan dan hidangan boleh dipesan di kaunter yang akan dibantu oleh beberapa chef.
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Kaunter Makanan

Meja kami dipenuhi makanan laut, darat dan udara.. hahaha... Bagi pengunjung Pak John Steamboat &BBQ, tiada limit masa yang ditetapkan untuk berada di sana.. So, boleh la nak penuhkan perut masing-masing slow-slow yer...
Ada 1 cara makan yang sedap kat sini, cuba korang masukan udang didalam sup terlebih dahulu, lepas tu grill lak.. nanti ada sesuatu rasa yang berlainan sikit... hehehe

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Steamboat Time
Untuk Pengetahuan juga, Pak John Steamboat & BBQ ada menyediakan Homemade Pineapple Sauce yang baru dilancarkan.. Homemade Signature Sauce yang sedia ada juga dihidangkan. Antaranya Thai, Belacan, Sweet, Thai Green Chili, Soya, Garlic Chili Sauce

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Homemade Signature Sauce
Bagi pengunjung yang baru bercadang untuk pergi ke Pak John Steamboat & BBQ, anda boleh menikmati makanan disamping menikmati nyanyian dari secara live oleh Voxscape Acoustic setiap Sabtu dan Ahad di eCurve, Damansara Outlet...

Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Live band Performance at Pak John Steamboat & BBQ 

Sambil- sambil mendengar lagu, cheq sempat menikmati white coffee dan waffle.. 
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Coffee & Waffle

BAgi Pengunjung yang bercadang hendak ke Outlet Pak John Steamboat boleh la simpan alamat berikut:

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao FooLot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,Wang Avenue,No.9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,53300 Kuala Lumpur

Restaurant Pak John Steamboat & BBQLot LG-13A & LG-15,Lower Ground Floor, eCurveNo. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara47810 Petaling Jaya

Akhir sekali, Sesi bergambar Pemilik Pak John steamboat & BBQ, David Chong
Live Band Acoustic at PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
Sesi Bergambar Blogger bersama Pemilik Pak John Steamboat & BBQ

Read more ...

Monday, November 3, 2014

Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang

Final Piala Malaysia 2014 - JDT vs Pahang 01.11.14

Assalamualaikum w.b.t

Cheq nak mengucapkan Tahniah buat Skuad Pahang yang diberi jolokan Tok Gajah yang berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia dengan mengalahkan pasukan Johor Darul Takzim 5-3 hasil sepakan Penalti setelah kedua-dua pasukan diikat 2-2 sepanjang perlawanan berlangsung.. 

Final kali ini seperti menemukan pasukan yang memiliki rekod yang baik pada 2014 dengan Pahang sebelum ini merupakan Juara Piala FA manakala JDT merupakan Juara Piala Super. Final kali ini boleh diungkapkan seperti buku bertemu ruas... :)

Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang
Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Azidan mengambil sepakan Percuma dari sudut kanan gol JDTselepas Gopi dikasari oleh Mahali Jasuli.. Lambunan cantik dari azidan dapat ditanduk tepat ke arah Gol oleh Dickson Nkawaeme bagi memberi gol pendahuluan buat Pahang pada minit ke-14.

Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang
Jaringan Pertama - Nkawaeme (PHG) 

Serangan bermula dari Sepakan Sudut oleh Safiq Rahim yang menghantar ke arah Mahali Jasuli yang melambungkan bola tinggi yang hampir ke luar padang. Namun Figueroa sempat menanduk untuk mengembalikan bola ke kawasan Kotak Penalti yang disambut oleh Fadhli Shas. Namun sepakan Fadhli sempat dihalang.Jorge Pareyra Diaz yang berada dikawasna berkenaan menyambar bola muntah terus ke gawang Pahang bagi menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-31.

Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang
Jaringan Kedua - Jorge Pareyra Diaz (JDT) 

Lambungan tinggi Mahali Jasuli ke arah Figueroa di dalam kotak penalti memaksa Razman mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Malangnya bola berkenaan singgah sebentar gitu di tangan RAzman yang menghadiahkan Sepakan Penalti untuk JDT yang disempurnakan oleh Luciano Figueroa yang memberi kelebihan buat JDT dengan 2-1 pada minit ke-34


Jaringan Ketiga - Luciano Figueroa (JDT)

Pahang terdesak mencari Gol malah seorang pemain pertahanan Pahang Shahrulnizam dilayangkan Kad Merah selepas menumbuk Amri Yahya yang memulakan provokasi dengan memijak kaki Shahrulnizam.
Walaubagaimanapon, Pahang berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-71 yang dimulakan dengan hantaran cantik oleh Hafiz Kamal dari tengah padang dan dapat ditanduk oleh Matias Conti ke arah Damion steward yang tidak dijaga oleh pertahanan JDT. Damion mempunyai peluang untuk melepaskan rembatan akan tetapi melakukan hantaran kepada Dickson Nkawaeme yang menampan bola terus menerjah Gawang JDT.
Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang
Jaringan Keempat - Dickson Nkawaeme (PHG)

Perlawanan Tamat dengan keputusan 2-2.. Bagi penetuan sepakan Penalti, Sepakan Norshahrul Idlan Talaha ditanpang keluar oleh Khairul Azhan dan HAfiz Kamal menyempurnakan Sepakan Penalti bagi mengesahakan Kejuaraan Buat skuad Tok Gajah.

Selalunya, kemenangan hasil sepakan penalti, menjadikan penjaga gol atau pemain terakhir yang meyempurnakan sepakan dianggap Hero.. Kali ini ramai peminat menyalahkan Norshahrul kerana gagal menyempurnakan sepakan
Bagi cheq, Tidak perlu menyalahkan Norshahrul kerana beliau menyepak ke arah gawang cuma Khairul azhan yang lebih cemerlang bagi menghalang sepakan norsharul... Bagi cheq, norsharul masih penyerang yang baik buat Malaysia.

Highlight Final Piala Malaysia 2014
Credit : Stadium Astro
Read more ...

Saturday, November 1, 2014

Mom & Baby Expo 2014 di IDCC Shah Alam

Mom & Baby Expo 2014

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Mom & Baby sekali lagi mengadakan Expo pertama kalinya di IDCC, Shah Alam.. Kali ini lebih 300 gerai yang turut serta... 12000 pengunjung terawal akan beropleh goody bag yang disediakan penganjur .. hehehe

Klu yang merancang untuk membeli persiapan sebelum menerima cahaya mata, boleh la berkunjung kesana.... Selalunya klu expo, memang ada la barang yang dijual murah dari harga biasa.


Mom & Baby Expo 2014 di IDCC Shah Alam
Mom & Baby Expo 2014
P/s: Sori, aku terpaksa tukar sikit Banner tu...

Semalam wife dah pergi riki tengok kawasan dulu.. hehehe... Tapi ada beberapa dan info yang dapat dikongsi bersama..

"Expo nie agak besar dan difahamkan Terbessar di Asia Tenggara"
"Bangunan IDCC baru siap, Lif dan escalator masih belum berfungsi, Jalan naik tangga ler.... hehehe.."
"Expo di Tingkat 7.Parking di tingkat 3, Bagi yang bawa baby parking tingkat 4."


Mom & Baby Expo 2014 di IDCC Shah Alam
IDCC Shah Alam

Acara Mom & Baby Expo 2014 nie berlangsung selama 3 Hari:
Penganjur : Mom & Baby Expo
Tarikh :  31 Oct - 02 Nov
Jam : 10 Pagi - 9 Malam.
Tempat :
IDCC
Block 9 , Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor..


tq

Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates