Breaking News

Tuesday, December 30, 2014

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..


SIARAN MEDIA - MAJALAH LIBUR LANCAR BLOG O'RAMA

Terutama sekali, nak berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf dan  mr.jocko kerana memberi peluang untuk pendatang baru turut serta bersama 20 Bloggers lain dalam majlis pelancaran Blog O'Rama oleh kumpulan media Karangkraf di Starbucks Coffee Kota Kemuning pada hari Sabtu, 20 Disember 2014 dipengerusikan oleh Radin Amir yang merupakan Penyampai Radio ERA.

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Majalah Libur

Sempena menyambut ulang tahun ke-12, MAJALAH LIBUR memperkenalkan satu ruang khas Blog O'Rama bagi memberi peluang kepada blogger untuk berkongsi maklumat mengenai pengembaraan, tempat-tempat makan serta berasaskan "Pelancongan & Gaya Hidup"

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Editor Majalah Libur : Meor Khairi Idris

Pihak Editorial Majalah LIBUR akan memilih 2 blog yang akan diperkenalkan  dan secara langsung menjadi Blog O'Rama pilihan Libur.. Kolum ini akan bermula Januari 2015. Bagi blogger yang terpilih juga berpeluang untuk turut serta aktiviti  percutian dan tugasan bersama majalah LIBUR. Blogger juga boleh turut sertaprogram yang dianjurkan oleh Majalah Libur seperti bengkel penulisan dan fotografi bagi memantapkan pengisian didalam blog.

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Rosmadi a.k.a Mr.jocko memberi kata-kata aluan dan penerangan mengenai program dan aktiviti bersama Majalah Libur. Mr.Jocko juga telah berkaloborasi bersama Majalah Libur sepanjang 2014..

Majlis berlangsung dengan aktiviti berbentuk permainan, majlis bersuai kenai antara blogger serta majlis selfie serta cabutan bertuah barangan coleman yang ditaja oleh UFL.. hehehe... Janji meriah kan.. 

Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Bersama Penganjur Majlis Pelancaran
Tidak sah klu x bergambar, Nie cheq sempat bergambar orang kuat aka penganjur acara Majlis Pelancaran Blog O'Rama... Cer tengok tangan A'sim, sempat lagi dia luku kepala Radin.. hehehe


Majlis Pelancaran Blog O'Rama bersama Majalah LIBUR
Acara Bergambar. Sumber pic: Mr.jocko
Akhir sekali, bergambar bersama semua bloggers dan penganjur.. Harap objektif Blog O'rama dapat direalisasikan dan cheq harap dapat tambah network untuk memberbaiki selok belok dunia blogger.. Semoga dapat lebih ilmu dan kawan - kawan.. :)

Sekiranya ingin menjadi sebahagian daripada Blog O'Rama pilihan Libur, boleh hantar pautan blog anda kepada:
ahmad.syahir@karangkraf.com.

Jika nak tau info lebih lanjut boleh melayari pautan berikut:
Laman Web : LIBUR
Facebook : Majalan Libur FB
Instagram : Majalah Libur IG



Read more ...

Wednesday, December 24, 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Assalamualaikum w.b.t

Tetiba terbaca Sifu HH buat Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH untuk orang baru m macam cheq la.... Ada 3 Syarat mudah.. Memang semua Syarat tu cheq lepas la..Untonglaa orang baru sekarang nie dah ada orang nak tolong ajar dan komen klu ada sesuatu x kene.. Macam juri Maharaja Lawak gitu.. hehe :P

Jom Kenal Blogger Baru HH

Untuk makluman semua, cheq boleh dikira baru lagi dalam dunia blog nie... dulu pernah tulis sikit2 seawal 2013.. tapi Jun 2014 yang mula macam nak terjemak dengan lebih dalam mengenai dunia blog nie...Pembabitan dalam dunia blogger nie pada mulanya khas untuk catitan diary bersama anak cheq dan yang dilahirkan pada bulan Mei.. Sekarang dah mula nak menjadikan blog nie sebagai satu loncatan untuk tambah income..Faktor utama sebab tengok ramai blogger dan ada juga kawan yang betul betul menceburi dunia blog nie boleh tambahkan income. 

TQ
Read more ...

Tuesday, December 23, 2014

Nasi Arab Yaman Style - Sana'a Restaurant, Cyberjaya

Assalamualaikum w.b.t

Sepatutnya cheq kene datang keje pada hujung minggu baru-baru nie, Dan dan wife nak blanja makan la... Time x der keje hujung minggu x der lak nak blanja.. Nampak sangat nak pancing lebih...hahaha... Tetiba dapat dapat mesej x payah datang office sebab keje dah settle malam sebelum tue... Tue namanya Rezeki...

Klu dah janji tu x leh tarik balik kan... hehehe... So, kami bergerak la ke Cyberjaya nak cuba try test .. haha(:P) makanan Arab....Pilihan Kami kali nie, Yaman Style - Sana'a Restaurant, Cyberjaya, yang terletak dekat Neo Cyberjaya..

Yaman Style - Sana'a Restaurant, Cyberjaya
Arayes Lamb
Arayes lamp ni wife cheq yang pilih, mula tue katanya x nak makan nasi la.. Nampak macam murtabak, tapi hanya roti dengan inti kambing... Kentang gorang serta sayuran serta sos bawang putih... Tapi cheq tambah sos cili jugak... dah biasa cicah dengan sos cili..

Yaman Style - Sana'a Restaurant, Cyberjaya
Hanith Lamb

Hanith Lamb nie disertakan nasi beriani la kot.. Kambing tu dibalut dengan aluminium foil.. Sos tomato dengan kuah apa ntah, macam herba untuk masak kambing tue jer... tapi x pasti, klu biasa macam dalca la kot... hehe... 


Yaman Style - Sana'a Restaurant, Cyberjaya
Hanith Lamb
Ada la orang tue, mula mula x nak makan nasi konon, dah tengok dah sampai anith lamb, terus mintak tambah 1 lagi... hahaha.. Daging kambing dia best sebab lembut, isi senang nak ambil, 


Yaman Style - Sana'a Restaurant, Cyberjaya
Layers Mix
Nie first time cuba Layers Mix di Sana'a Restaurant, Bila dah terima, nampak menarik la jugak.... Ada 3 lapisan buah, yang bawah sekali tue rasa macam buah pisang, 2 lagi lapisan tue cheq x tahu buah apa... Tapi rasa air nie memang superb..


Untuk yang berkerja di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya, klu nak cuba boleh la datang waktu lunch hourr.. Tapi nie bukan iklan berbayar ek.. hehehe

Klu yang nak tahu lokasi Sana'a Boleh rujuk Alamat berikut:
Unit 13-G, Biz Avenue,
Neo Cyber, Lingkaran Cyber Point Barat,
63000 Cyberjaya,
Selangor

Read more ...

Sunday, December 21, 2014

Final Piala AFF Suzuki 2014 - Malaysia VS Thailand

Final Piala AFF Suzuki 2014 - Malaysia VS Thailand

Assalamualaikum w.b.t

 Tahniah dicapkan buat Pasukan Malaysia yang berjaya mara ke Final dan menunjukan persembahan terbaik pada kempen Piala AFF Suzuki 2014..  Skaud Harimau Malaya berjaya memenangi perlawanan  3-2 . Walaubagaimanapon perkiraan agregat memihak kepada Thailand 3-4..

Final Piala AFF Suzuki 2014 - Malaysia VS Thailand
Piala AFF Suzuki 2014

Sebelum ini, Malaysia tewas 2-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok pada aksi .. Defisit 2 Gol di tempat lawan tidak memudarkan semangat juang Malaysia untuk terus berjaung di Stadium Bukit Jalil dan ditambah dengan sorakan padu Ultras Malaya yang tidak henti-henti memberikan semangat kepada Team Malaysia..

Final Piala AFF Suzuki 2014 - Malaysia VS Thailand
Kesebelasan Utama Malaysia

Malaysia dapat mendahului 3-0 suatu ketika melalui Penalti Safiq Rahim (10), Tandukan Indra Putra (45) dan jaringan melalui sepakan percuma Safiq Rahim (58) setelah bertali arus menyerang kubu Thailand.... 

Malangnya Charyl Chappuis menolak masuk bola pada minit ke-82 yang tidak berjaya dikeluarkan oleh Farizal Marlias gagal mengeluarkan bola ke tempat selamat hasil dari sepakan Percuma setelah Norsahrul Idlan menjatuhkan pemain thailand menjadikan aggregat 3-3.. Tetapi peraturan gol di tempat lawan memihak Thailand..

Tersentak dengan gol, Malaysia perlu mendapatkan 1 gol dan serangan yang dilakukan menyebabkan mula hilang fokus di kawasan pertahanan dan dihukum oleh chanatip pada minit ke-88 yang terus menutup pelauang Malaysia untuk merangkul kejuaraan kali ke-2..

Thailand Dinobatkan selaku Juara kali ke-4 untuk edisi 2014..Lebih manis, Chanatip dinobatkan selaku pemain paling bernilai AFF 2014.

Final Piala AFF Suzuki 2014 - Malaysia VS Thailand
Thailand - Juara AFF Suzuki 2014

Safiq Rahim dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 6 Gol meredakan kedukaan Team Malaysia... Pasukan Vietnam merangkul Anugerah Fair Play AFF2014..

Untuk keseluruhan, Cheq mengucapkan tahniah buat pasukan Malaysia yang menunjukan Magis pada Separuh Akhir dan peringkat Akhir dengan persembahan yang memukau.. Walaupon Tidak berjaya merangkul Juara, keseluruhan pasukan menunjukan Malaysia masih boleh membuktikan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengalah menerima penghormatan yang tinggi dari Seluruh Warga MALAYSIA.. 

Semoga perkembangan Bola Sepak di tanah air lebih meningkat di masa hadapaan. MALAYSIA BOLEH !!!!








Read more ...

Friday, December 19, 2014

Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015

Assalamualaikum w.b.t 

Awal Minggu haritue, baru sebut nak balik Kedah... Tetiba Wife tertengok ada Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015 bermula 16-18 Dec... 

Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
Boieng 737-800

Agak beruntung kami sempat book perjalanan Tahun Baru 2015 ke kampung halaman hanya serendah RM252 Bagi 2 Orang Dewasa dan 1 Bayi untuk tiket 2 Hala.. Ini bermakna hanya RM126 untuk sehala... Lebih kurang harga naik Bas jugak la... Amat berbaloi... Masa dan tenaga pon boleh jimat banyak,

Jika dibandingkan dengan perjalanan menggunakan kereta, amat berbeza dari segi kos spt tol dan minyak dan masa perjalan yang selalunya mengambil masa 5-6 jam untuk ke Utara..

Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
Jadual Perjalanan

Tiket Ke Kedah kami ambil seawal pagi.. Sebab tiket Pagi dengan malam jer yang ada offer... Kami piih pagi sebab untung masa leh duk lama sikit kat kampung..hehehe

Flight kami ke kedah nanti MH1202 seawal jam 7:15 pagi pada 1 Januari 2015... Anggaran perjalanan lebih kurang 1 Jam.. Pkui 8.30 macam tu dah boleh "menyorok" la kat Jitra nanti.. hehe


Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
MH 1202

Kami plan balik kampung lebih kurang 5Hari.. Ambik banyak terus alang-alang ada Cuti Umum.. Balik ke KL menggunakan MH1253 lebih kurng jam 9 Malam.. Sesapa nak offer datang ambik check amat dialu-alukan... hahaha...

Promosi Tiket Penerbangan MAS Murah 2015
MH1253


Harap harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan-Nya...

Sila ikuti UnT0nglaaa untuk Promosi Terbaru Tiket MAS 2015..

TQ
Read more ...

Wednesday, December 17, 2014

Hati-Hati Dengan Emel Program Loteri AirAsia RM300,000.00 kononnya

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang banyak cara-cara orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu. Ada melalui HP, ada penipuan melalui FB seperti kes Aisyah Sulaiman yang cheq buat sebelum ini. Kali ini, cheq ada menerima emel kononnya dari AirAsia.. AirAsia Program Eksluksif gitu... HAHAHA

 Tapi dari Laman Web AirAsia x der pon info tentang cabutan bertuah bagai... Sila rujuk Laman Web AirAsia untuk kepastian program dan promosi yang ditawarkan.

Hati-Hati Dengan Emel Program Loteri AirAsia RM300,000.00 kononnya
Laman Web AirAsia

Program ini kononnya dibawah Lembaga Permainan Asia dan Loteri.. Entah ada  pon x tau... X pernah cheq beli no ekor, tetiba menang loteri... Ingat senang ker orang nak bagi free... 

Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Emel Scam Program Loteri

Umpan hadiah berupa Cek sebanyak RM300,000.00 amat besar. Tapi pelik juga, cek akan dapat setelah menghubungi mereka... Klu dah menang tu, Mestilah penganjur yang akan maklumkan kepada pemenang...

Contohnya macam pemenang Sijil Premium BSN, Pemenang akan dihubungi oleh wakil dari BSN untuk menuntut hadiah tersebut..


Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Hadiah Program Loteri

Satu lagi kemuskilan tu, kene reply dekat JK Allen, emel bukan dari domain AirAsia...  my0511.com.. Benak ker apa, emel pon dah sah sah menipu... 


Penipuan Program Loteri AirAsia RM300,000.00
Maklumbalas Program Loteri

Klu ada terima emel macam nie, pendapat cheq x perlu la nak layan depa, takut-takut terjerat... Klu betul kita menang cabutan bertuah mesti pihak penganjur akan menghubungi kita tambah tambah jumlah yang besar....

Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates