Breaking News

Wednesday, July 23, 2014

FLAMO CUISINE @ Restoran Ayam Kampung Wangsa Maju

Food Review : Jemputan Blogger ke FLAMO, Wangsa Maju.

Alhamdullilah 1st time dapat join event bersama-sama blogger.. Terima kasih kepada kak Feeya Fariesya yang sudi menjemput saya untuk turut serta bagi majlis berbuka puasa di FLAMO yang turut disertai oleh 14 Blogger lain... Pada mulanya, chek memang ingat makan ayam kampung, rupa-rupanya pemilik restoran, En.Zul nak mengetengahkan masakan  china-arab.

Untuk pengetahuan pembaca, Restoran ini juga pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, TV3.. 9 Jam demi sup MI XIAN

Cenderamata dari JJCM, TV3..

Pada awal hidangan, kami disajikan dengan Mi Xian dengan pilihan berkuah dan yang kering yang difahamkan merupakan makanan ruji orang daerah Yunnan, China.

Za Jiang Soup Mi Xian. Sup ini direneh bersama 22 herba dari china selama 9 Jam.

Za Jiang Mi Xian yang disediakan bersama jeruk, lobak merah, cuka, Daging.

Rasa tekstur mi ini agak unik, tiada rasa seperti berminyak seperti mee yang dibeli di pasar raya.  

Antara beberapa hidangan lain yang disediakan disini:
1) Vegetarian Mi Xian
2) Za Jiang Mi Xian
3) Chicken Mi Xian
4) Za Jiang Soup Mi Xian

Selepas itu, kami disajikan lagi dengan makanan yang dibakar dari kiosk yang diperkenalkan oleh En.Zul

Satay Cendawan

Satay Kambing Jumbo. Besor oooo...

Antara beberapa hidangan Satay lain yang disediakan:
1) Satay Ayam
2) Satay Daging
3) Satay Cendawan
4) Satay Kuchai
5) Satay Kambing Jumbo.

Sebelum balik, kami disajikan lagi dengan Tahini kebab. Pengunjung boleh memilih inti kebab ini sama ada Daging, Ayam atau Kambing.

Tahini Kebab

Flamo juga membuka peluang perniagaan kepada umum bagi membuka franchise FLAMO di seluruh negara.  Latihan dserta Khidmat nasihat akan diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Pakej yang ditawarkan.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi En.Zul

Restaurant Ayam Kampung (previously known)
No 41, Jalan Metro Wangsa
Section 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Tel: 019-211 3433
FB : FLAMO

Akhir sekali, sesi bergambar bersama blogger yang hadir.

12 comments:

  1. thank you khudri... nanti bila ada apa-apa event, sis pasti akan jemput lagi k.. good writting! i loikeee...

    ReplyDelete
  2. Nama restoran tu tak berapa nak melambangkan makanan chinses arab kan?

    ReplyDelete
  3. Adess, blan2 puasa ni tengok makanan..betul2 menduga..hahaha..sedapnye :)

    ReplyDelete
  4. Aaaa, satay tu nampk sdap btul. Bila nak belanja scha ni?

    ReplyDelete
  5. Wow....dapnyer nengok. Untung sebab dapat gi sana ngan geng blogger lain...

    ReplyDelete
  6. ketupat rendang kueh bahulu,
    enak dimakan bersama keluarga,
    wahai teman wahai saudaraku,
    mari bermaafan dihari raya.

    #kosongkosong kalau ada yang terasa hati dengan komen ana ya..

    ReplyDelete
  7. Wahh sedapnya. Terliur tengok. Haha

    ReplyDelete
  8. pehhh terliuqqq.. awat makanan kat sini nampak sodap2.. ishhh -,-

    ReplyDelete
  9. Wahh...semuanya nampak sedap & menyelerakan.
    Boleh try nanti...

    ReplyDelete

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates