Breaking News

Monday, November 3, 2014

Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang

Final Piala Malaysia 2014 - JDT vs Pahang 01.11.14

Assalamualaikum w.b.t

Cheq nak mengucapkan Tahniah buat Skuad Pahang yang diberi jolokan Tok Gajah yang berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia dengan mengalahkan pasukan Johor Darul Takzim 5-3 hasil sepakan Penalti setelah kedua-dua pasukan diikat 2-2 sepanjang perlawanan berlangsung.. 

Final kali ini seperti menemukan pasukan yang memiliki rekod yang baik pada 2014 dengan Pahang sebelum ini merupakan Juara Piala FA manakala JDT merupakan Juara Piala Super. Final kali ini boleh diungkapkan seperti buku bertemu ruas... :)

Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang
Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Azidan mengambil sepakan Percuma dari sudut kanan gol JDTselepas Gopi dikasari oleh Mahali Jasuli.. Lambunan cantik dari azidan dapat ditanduk tepat ke arah Gol oleh Dickson Nkawaeme bagi memberi gol pendahuluan buat Pahang pada minit ke-14.

Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang
Jaringan Pertama - Nkawaeme (PHG) 

Serangan bermula dari Sepakan Sudut oleh Safiq Rahim yang menghantar ke arah Mahali Jasuli yang melambungkan bola tinggi yang hampir ke luar padang. Namun Figueroa sempat menanduk untuk mengembalikan bola ke kawasan Kotak Penalti yang disambut oleh Fadhli Shas. Namun sepakan Fadhli sempat dihalang.Jorge Pareyra Diaz yang berada dikawasna berkenaan menyambar bola muntah terus ke gawang Pahang bagi menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-31.

Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang
Jaringan Kedua - Jorge Pareyra Diaz (JDT) 

Lambungan tinggi Mahali Jasuli ke arah Figueroa di dalam kotak penalti memaksa Razman mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Malangnya bola berkenaan singgah sebentar gitu di tangan RAzman yang menghadiahkan Sepakan Penalti untuk JDT yang disempurnakan oleh Luciano Figueroa yang memberi kelebihan buat JDT dengan 2-1 pada minit ke-34


Jaringan Ketiga - Luciano Figueroa (JDT)

Pahang terdesak mencari Gol malah seorang pemain pertahanan Pahang Shahrulnizam dilayangkan Kad Merah selepas menumbuk Amri Yahya yang memulakan provokasi dengan memijak kaki Shahrulnizam.
Walaubagaimanapon, Pahang berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-71 yang dimulakan dengan hantaran cantik oleh Hafiz Kamal dari tengah padang dan dapat ditanduk oleh Matias Conti ke arah Damion steward yang tidak dijaga oleh pertahanan JDT. Damion mempunyai peluang untuk melepaskan rembatan akan tetapi melakukan hantaran kepada Dickson Nkawaeme yang menampan bola terus menerjah Gawang JDT.
Final Piala Malaysia 2014 - Jaringan Goal JDT vs Pahang
Jaringan Keempat - Dickson Nkawaeme (PHG)

Perlawanan Tamat dengan keputusan 2-2.. Bagi penetuan sepakan Penalti, Sepakan Norshahrul Idlan Talaha ditanpang keluar oleh Khairul Azhan dan HAfiz Kamal menyempurnakan Sepakan Penalti bagi mengesahakan Kejuaraan Buat skuad Tok Gajah.

Selalunya, kemenangan hasil sepakan penalti, menjadikan penjaga gol atau pemain terakhir yang meyempurnakan sepakan dianggap Hero.. Kali ini ramai peminat menyalahkan Norshahrul kerana gagal menyempurnakan sepakan
Bagi cheq, Tidak perlu menyalahkan Norshahrul kerana beliau menyepak ke arah gawang cuma Khairul azhan yang lebih cemerlang bagi menghalang sepakan norsharul... Bagi cheq, norsharul masih penyerang yang baik buat Malaysia.

Highlight Final Piala Malaysia 2014
Credit : Stadium Astro

1 comment:

  1. stress tau tgk game ni... last2 tido jer terus... hahahaa

    ReplyDelete

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates