Breaking News

Saturday, June 28, 2014

Sales - Maju Junction, Jalan TAR

Lama dah x beli Kasut Baru... Maklum la demam Piala Dunia x kebah lagi.. hehehe, 
Khamis haritu, Member ajak Pi cari Kasut Baru, sebab ada nak men Futsal dengan Team Maintenance, KLRY sebelum Posa...

Tujuan utama hanya untuk buat men futsal ja.. X pon boleh wat pgi gym kat Opis.. hahaha... Sebab sebelum nie main guna kasut takraw jer, hahaha.. Kasut futsal last beli masa kat Shah Alam dulu, klu x silap tahun 2008.. Beli bersama dengan housemate masa kat Uitm dlu... HAsrol dengan Pie...Tiga-tiga beli kasut sepesen....

Nie gambar Maju Junction. Maju junction nie, lokasi dia dekat Jalan TAR juga, Sebelah Bangunan Pertama, Dibelakang Bangunan MARA & TIMA..
Sumber : Maju Junction 

Masa Lunch Hour Khamis tu, terus bergegas ker Maju Junction, Dekat sebelah PERTAMA.
Kedai Kasut tu nama Sport Planet, Tingkat 1. Depa ada buat sale, tapi x tau sampai bila...

Nie suasana didalam kedai terbabit. ..Bahagian kasut Bola dan Kasut Futsal .. Besau gak la kedai dia...

Nie Bahagian Kasut Untuk Joging dengan kasut untuk berjangak... heheh


Last-last, chek pilih kasut nie selepas dipsycho oleh Zul... hahaha


Harap-harap kasut nie tahan lama gak la macum kasut lama tu, boleh gak la merasa sampai 3 tahun.. berbaloi klu tahan lama nie.....



Read more ...

Wednesday, June 25, 2014

Nuffnang berwajah Baru

Bukak Jer Nuffnang ptg tadi,,

Dah berwajah Baru rupanya.... Warna Biru Tua macam tu... Warna macam Uniform Polis Malaysia lak... hehehe

Muka Depan Nuffnang -New Look..

Tapi content dan arrangement still macam yang lama...

Nie Feedback dari Pihak Nuffnang... Depa kenalpasti iklan large ractangle yang bertepek kat blog chek x berapa sesuai.. Dia sarankan letak lepas Post... Bila edit kat layout setting still tidak berubah...Klu ada blogger yang boleh bantu, amat dialu-alukan..

tq


Read more ...

Tuesday, June 24, 2014

"The Best Rojak In Kuala Lumpur" - Rojak Bellamy


Tetiba lak harinie nak makan kat luar Office.. Kuar dengan member-menber office, Low mintak nak makan rojak mee sebab dia Vege. Diog bawak la Pergi kat Area Jalan Bellamy, Belakang Istana, Jalan Sungai Besi... 

Pernah dijadikan santapan Istana dan menjadi pilihan pemimpin negara antaranya : Tun Abdullah Ahmad Badawi..
Boleh rujuk Akhbar Utusan 27/02/2009 - Rojak Bellamy hampir satu abad

Kedai Rojak Bellamy tu terletak di sebelah Pasaraya PERNAMA (Perwira Niaga Malaysia)

Fast N Tasty - Lepas Order

Model : En. Low
Rojak Bellamy - "The Best Rojak In Kuala Lumpur maybe in Malaysia"
Kat banner tue ada senarai harga-harga yang disediakan... Murah jugak la... 

Rojak dah sampai di meja, x der la tunggu lama pon, kejap jer..

 Dah lama x Perkene Rojak, Rasa boleh lawan la kot Pasembor kat Peneng nuh....


 Mau tambah dengan lapaq, Licin pinggan tu....

“Sesungguhnya Nabi saw menjilati jari jemarinya (sehabis makan) tiga kali.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari`Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan,dari Sa’id bin Ibrahim, dari salah seorang anak Ka’ab bin Malik, yang bersumber dari bapak nya.)


Nie ada petikan cerita mengenai sunnah , moga kita boleh cuba untuk mengamalkannya:
✔Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
✔Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu
✔Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor"



Read more ...

Monday, June 23, 2014

Projek Naiktaraf Pusat Data JKR - Relocate Server


Harinie nak update kerja-kerja migrasi server JKR  bagi Projek Naiktaraf Pusat Data JKR... Kerja-kerja migrasi nie mula dibuat selepas waktu bekerja dalam pukul 6ptg macam tu... hari jumaat la....

Lepas ajer tutup production server, wakil dari TIME dgn GiTN terus potong fiber ISP (Internet Service Provider)..Sebelum nie, diog dah siap-siap lay horizontal cabling (outdoor cable) dari tingkat bawah terus ke Data Center melalui Riser...Ptg tu, just kerja-kerja relocate equipment jer... Dalam pukul 8 malam mcm tu, ISP dah boleh UP balik dah, sekarang tunggu Network appliances dgn server masuk...
Kerja-kerja re-route Fiber Cable (outdoor) sedang giat dilakukan.. Lebih kurang 30 Fiber Cable kene re-route balik supaya cable-cable tue dimasukan didalam trunking cantik-cantik..1 Fiber cable tue ada 12 Core... Kerja re-route fiber nie la yang paling leceh... Nak kene follow trunking yang dah pasang... klu pasang straight jer, x per la, nie banyak betul corner, maklum la nak kene elak dari laluan Ducting Centralise Aircond....

 Macam Pesta + joget Pak maon plak Malam tue... ramai orang ang duk mengangkat Server dgn Storage untuk ubah pergi kat area yang dah siap... Maklum la Target Sebelum Pkul 6 Pagi, Portal JKR dah boleh Access... Nanti Bilik Lama tue akan di baiki untuk bagi besar lagi Data Center... Tambah 2 x ganda jer dari saiz asal.

 Penusunan Server dan Storage (SAN) giat dilakukan...

 
Lepas semua peralatan server dan network dah pindah, Temporary partition dipasang (gyprc wall).. Pasang dinding nie, untuk clear kawasan asal Pusat Data dan supaya Udara Sejuk x keluar dari kawasan server yang dipindah..
 
NIe la keadaan di Bilik Server Lama setelah Raised Floor ditangalkan... Banyak gila kabel... Kawasan bilik nie, kene dibersihkan, pastu makeup cantik-cantik, baru boleh migrate balik server sahaja..


Nie keaddan bilik Setelah Syiling dibukak... Conduit pon penuh woo.. Tikus x tahju la ader ker x.. hahahaha...

Yang Besar tu PAC (Presicion Aircond) yang lama, Bapak besar, Hrtu dah meletop sebijik... Nak harap kan yang 1 bijik nie,, memang masalah la.. nampak jer besar, tapi manja.. maklum la barang dah 20 tahun lepas punya... Nak cari spare part pon susah.....

Nie la hasil untuk relocate sementara untuk bagi laluan kawasan lama dibersihkan... Lepas dah siap kene relocate lagi sekali ke tempat lama nanti... Alhamdulillah dalam Pukul 3pagi macam tue, Portal dengan kritikal Server dah boleh UP..  Orang dari luar dah boleh access, cuma klu nak access dari dalam masih x boleh sebab horinzontal cable belum siap re-route..

 
Lepas settle re-route Outdoor Cable, Kerja-kerja splicing dijalankan, Barang ada 1 je, Tahap kesabaran amat diperlukan masa nk buat splicing nie.. Bayangkan lah, nak splice 1 fiber jer pon amik masa lebih kurang 3-5 minit... total fiber cable tadi ada 360 Core.. hahah... Splice fiber nie untuk masuk dalam fiber patch panel.... Alhamdullilah semua kerja-kerja selesai malam SABTU tu, Total 1 hari jugak la dari tarikh DOWN... Nasib baik x der orang kerja.. haha, klu x kompon ada org bising x leh access internet.... 

Kerja-kerja poyo sedang giat dilakukan oleh Penulis (chek la), Arip Panda dgn Khalil Buncit (Si Penyelidik Telinga)... HAHA.... jangan marah nanti kene jual....


Read more ...

Saturday, June 21, 2014

[VIDEO] Remaja OKU Terabai Dikurung Di Dalam Bilik


Ops 6P Jabatan Imigresen menjumpai seorang remaja OKU yang disangkakan Mayat di Flat Semarak,Nilai awal pagi tadi .. 
Sedih Dan memilukan. Dimana belas kasihan dan Kasih Sayang seorang Ibu @ Ayah terhadap seorang anak yang dikandungkan selama 9 bulan? 
Adakah sangup melihat anak dibiarkan sedemikian rupa?... Subhanallah....

Klu dilihat didalam video ini, remaja berkenaan dibiarkan keseorangan dibilik yang dilaporkan dipenuhi najis dan tanah.. Juga terdapat cebisan-cebisan polisterin, mungkin makanan yang diberikan sebelum ini.. Baju yang koyak rabak seperti sudah reput... Keadaan fizikal yang kurus kering, bergerak hanya dengan cara mengesot cukup menyentuh perasaan orang ramai...

Apalah nasib remaja ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu, mungkin remaja berkenaan sahaja yang boleh menerima ujian dari-NYA.. Moga beliau diberi kekuatan oleh-NYA

Mudah mudahan video ini boleh memberi pengajaran kepada kita serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan-NYA selama ini... Amin...
Sumber : BHonline



Read more ...

A'sim - 1st Month Checkup

Pengalaman Pertama Checkup Anak.

Sepatutnya 1st checkup kene buat awal minggu nie, tpi hrtu dpt appointment hari rabu, tapi chek minta tukar hari jumaat sebab senang sikit x payah balik KL balik dah... Appointment kat Klinik Kesihatan Seremban, Seremban, Chek terus ambil cuti jer hari jumaat, nnti sambung cuti sabtu ahad...

Awal jumaat tue, kami gerak awal, dalam pukul 7.30 tu dah daftar kat kaunter KKIA Seremban.

Kami orang ke-3 yang daftar.

Keadaan ruang menuggu seawal pagi..

Selepas selesai urusan pemeriksaan ibu, kini giliran A'sim pulak untuk lihat perkembangan semasa.. 

Nie kepetusan pemeriksaan semasa awal kelahiran A'sim pada 14 Mei 2014..

Berat : 3.28 Kg
Panjang : 49 Cm
Uuran Kepala : 34 Cm

Marah betul A'sim.. Orang nak bukak baju untuk timbang jer pon...



Aktiviti Timbang & Ukuran dilakukan. Gambar semasa timbang x letak.. Sexy Sangat...hehe

Berat : 4.3 Kg (Peningkatan 1.02 Kg - 31%)
Panjang : 55 Cm (Peningkatan 6 Cm - 12%)
Uuran Kepala : 38 Cm  (Peningkatan 4 Cm - 10%)
BMI : 14.5
Nie Buku record yang nurse dah tulis...

Selepas selesai ukur, jumpa nurse untuk cucuk, Kali nie nurse cucuk kat kaki kanan... sian tgk A'sim nangis, mmg x tgk la masa nurse tu cucuk.. just pegang kaki dia kuat-kuat jer x nak bagi gerak... 

Selesai cucuk, giliran untuk jumpa doktor, Alhamdullilah semua OK..

Read more ...

Thursday, June 19, 2014

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER


Assalamualaikum ..

CL sedang mencari rakan-rakan blogger untuk menjadi bloglist di dalam blog Coffeelover ini. Peluang terbuka kepada semua sama ada blogger otai masih berbisa ataupun yang baru. Pemilihan akan dibuat secara random.

Syaratnya Follow blog CL .. Wajib! nanti CL follow balik :D
Letak juga Blog CL sebagai bloglist anda.
Ok macam biasa buat entri bertajuk PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER.

Kemudian tampal banner dan linkkan ke entri ini. Siap semua letak link entri anda di ruangan comment di bawah yerr.. Mudah je kan?  
Segmen ini akan tamat pada 6 July 2014.


Selamat Berhujung Minggu.

Read more ...

WC 2014 : Meraihkan Gol dengan Perasaan Kecewa


Demam Piala Dunia masih belum kebah. Keseluruhan Pasukan telah membuat aksi di pentas Piala Dunia 2014. Pusingan Pertama peringkat Kumpulan telah selesai. Kini Pusingan kedua Peringkat Kumpulan sedang berlangsung ..

Gol-Gol Sendiri yang telah Dirakam sihingga Kini

Cetakan-cetakan gol sendiri yang telah dirakam sehingga kini. Tetapi pencetak gol ini tidak tersenarai sebagai pemenang Kasut Emas (Golden Boot) WC 2014.. Masih belum ada anugerah Penjaring gol sendiri terbanyak.. FIFA boleh mencadangkan untuk memberi anugerah ini pada edisi 2018 kelak.. hehehe...

Penjaring Gol Sendiri : MARCELO (BRAZIL)
BRAZIL VS CROATIA
13 Jun 2014
Marcelo Own Goal
Marcelo Pemain pertahanan yang bermain bersama Real Madrid FC menjaringkan gol sendiri pada minit ke-11 selepas menampan bola dari hantaran Ivica Olic. Walaubagaimanapun, Pasukan Brazil berjaya mengatasi pasukan Crotia 3-1.

Penjaring Gol Sendiri : Noel Valladares (HONDURUS)
FRANCE VS HONDURUS
16 Jun 2014
Noel Own Goal

Noel penjaga gawang yang bermain bersama CD Olimpia menjaringkan gol sendiri pada minit ke-48 setelah gagal menangkap kemas lantunan bola dari tiang gol sebelah kiri hasil tampanan Karim Benzema . Pasukan Hondurus dikalahkan oleh pasukan Perancis 3-0..
Penjaring Gol Sendiri : Sead Kolasinac (BOSNIA)
ARGENTINA VS BOSNIA
16 Jun 2014
Sead Own Goal
Sead Kolasinac Pemain pertahanan yang bermain bersama FC Schalke menjaringkan gol sendiri seawal minit ke-3. Sepakan percuma Lionel Messi  dapat ditanduk oleh Marcus Rojo dan terkena kaki saed yang terus mencecah jaring.
Pasukan Bosnia dikalahkan oleh pasukan Argentina 2-1.


Read more ...

Tuesday, June 17, 2014

Saya Sudah.. Sudahkah anda memperbaharui Lesen Memandu Wajah Baru?


Saya Sudah.. Anda Bila Lagi?


Baru renew Lesen Baru kat Pejabat Pos Dekat Office Chek.. Minggu lepas masa nak balik Seremban, Lepas kemas barang kat rumah, tetiba teringat lesen chek mati 2014 ka 2015....

 Belek punya belek, mati bulan 05/2014 da... NAYE....... Dah dekat 1 Bulan tu... Masa x nampak lesen mati tu, elok ja nak pi kerja apa ka... x da la risau.. Lepas dapat tau lesen dah mati, nampak ja POLIS ronda ka, lalu sebelah kereta ka, hati mula la x sedap.. Dup Dap Dup Dap...

Petang jumaat  tu, nak pi pejabat POS?, mmg x la...Nak redah JEM pi pejabat POS dekat office balik.. mohon maaf je la.. klu sampai pon, dah tutup pejabatnyee.. Maklum la hari Jumaat.. Klu kat KL nie, Cuman chek bgitau, Hari JEM semalaysia... hehehe...

Last-last, Redho jer, Janji cepat sampai Seremban...  Guna Lesen berani jer... Harap-harap dipermudahkanNYA... Nanti Hari Isnin chek pi la Pejabat POS kat office tu renew lesen.

Nie Lesen lama.. Yang nie chek renew masa 2012 lagi.. masa nie, tarikh bagi tamat tempoh lesen memandu dah ikut tarikh birthday...

Masa nak pi kerja pagi Isnin tue, takut jugak la nak lalu Jalan Bukit Tunku, selalu nampak gak polis duk lalu kawasan tu....Nasib baik dekat ja rumah dengan tempat keje..

 Semasa Lunch hour, Cepat-cepat pi Pejabat Pos. Nasib baik dekat Pejabat ja...
Chek terus mintak kat pekerja Pos tu, untuk renew terus 2 Tahun... Dia mintak IC pastu suh isi form ( Isis Nama dengan No. IC jer).. Bayaran dalam RM62 untuk 2 Tahun...
Sebelum dia bagitau alamat dalam lkad lesen tu akan ikut alamat lesen lama..Minta dia tukar ikut alamat dalam No IC, tapi depa x leh buat katanya kat Pejabat POS.. dia suruh buat kat JPJ klu nak tukar alamat.. Chek terus setuju ja la dia buat ikut alamat lama.. asal dapat renew ja lesen tu...
 .. 
Tunggu dalam 10 minit macam tu, 
TADAAA, untuk lesen baru dalam bentuk KAD dah dapat...Gambar dah sama dengan IC.. tapi sayang la alamat ja x sama.. JPJ dgn JPN dah ada link la... Baguih la klu macam tu... Tapi pelik gak la Alamat x leh nak sync... Mungkin itu prosedur depa kot....

Warna Kad Lesen baru nie x da la seindah warna myKAD, mungkin dia nak kekalkan identiti warna seperti lesen lama.. Tapi better dari lesen lama yang macam laminate paper jer kan... hehehe...

Nie Form yg chek isi awal2 tadi& resit (2 in 1)....



Read more ...

Monday, June 16, 2014

Kerja Kosong...Pengasuh Bayi Diperlukan..


Pengasuh Bayi Diperlukan SEGERA.... 


Mohon sekiranya tuan-tuan dan puan-puan boleh tolong rekemen pengasuh untuk menjaga bayi saya..
detail seperti berikut..

Nama Bayi : Muhammad A'sim Furqan
Umur : 3 Bulan  (Aug)

Tarikh Mula : Dianggarkan Selepas Raya aidilfitri..
Beragama Islam
Isnin - Jumaat
Kawasan : Area Kuarters Kerajaan Jalan Duta, Jalan Dutamas.

Jika ada kawan-kawan, kenalan yang boleh menjaga bayi serta amat penyayang amat dialukan... hehehe..
Mohon untuk Call, SMS, WhatAPP, FB saya klu ada yang sudi tolong rekemen.

KHUDRI : 013-2006298

TQ.



Read more ...

Blog Baru Express


Aduhaiii.....

Baru jer nak berjinak-jinak balik dengan Blog nie... Mula-mula x perasan.. Lepas  Blogger Ieta tegur suruh buang robot text seperti kat link giveaway nie. Baru perasan ada problem..

Masa tengok kat dashboard ada Comment, tapi bila tengok kat blog ada 3 Comment.. Tapi x nampak siapa dengan apa kandungan comment tue.. 



Try PM Ieta, dia suruh follow dia punya tutorial, tapi bila tengok kat setting chek, x der pon word verification tue.. OFF kan word verification tu bagi mudah orang lain nak comment, x perlu verified macam lupa password maybank2u jer.. hehehe...

Cuba tengok betul-betul.. ada 2 yang benda pelik..
1) Tiada Comment Tab kat bawah Pages tab tu.. (Area Tab Kiri)
2) Limited Setting untuk Post & Comment. (Area Dibawah Comments)

Chek nak edit kat setting Post & Comment tue la untuk remove word verification... tapi cari punya cari.. x jumpa.. x tau la silap kat mana.. rasa ada ter delete HTML kot.......NAYEEE...

Last-last terus buat blog baru la..nie hasil dari nasihat Daus.. orang mintak tolong settlekan .. dia advice buat baru lak.. hahaha... Ok gak la baru dapat tahu.. boleh belajar sikit-sikit kan....

Sebelum buat apa-apa, Chek export dlu content yang telah dibuat.... 
Setting > Others > Blog Tools > Klik kat Export Blog... 
nanti content dalam blog sedia ada ni kita boleh import jer.. ni baru sikit post, klu orang yang dah buat beratus-ratus post,, import jer la kan.. x kan nak buat baru semua....

Pastu chek backup dulu Full template blog nie, maklum la malas nak edit template-template bagai nie, bukan reti mana pon... ambil apa yang ada jer.... hehehe.. UntOngLA kan.. hehehe

Pastu FASA create blog baru... klu x nak nama url blog baru tu sama macam dulu punya.. yg existing tu kene la tukar dulu...
tukar kat 
Setting > Basic
1) Title
2) Blog address... nanti blog baru boleh la letak address lama kan... hehehe.

Title dgn address tue boleh la letak yang lama punya....

Nanti export balik la file yang dah export tue.. Setting > Other> Blog Tool>Import Blog... So, content kat blog lama akan ada dalam blog baru nie la termasuk dengna comment semua la...
Follower dengan Blog Hit akan reset balik la jadi 0.. hehehe...

Pastu upload balik template lama 
Template > Backup/restore/> Upload 
Insyaallah Blog baru akan jadi sama macam blog lama dari segi penampilan.. :)

10Q pada ieta, Daus yang sangup tolong.. hehehe.

Sila beri tunjuk ajar jika ada cara yang lagi express.... Ilmu x rugi belajar.... Tuntut la ILMU sampai ke negeri China... hehehe..

tq

Read more ...

Sunday, June 15, 2014

LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

Syarat syarat :


1. Blogger yang bermastautin di Malaysia.
3. Copy banner dan paste di entri. Jangan lupa backlink ke entri ini (mamadarwiish.blogspot)
4. Submit link diruang komen sahaja.
5. Peserta wajib meletakkan link pingje.org di dalam entry penyertaan. 


Follow blog & Google + :



Follow Fanpage :


Follow Tweeter : 


Follow Instagram :


PERHATIAN !!!
***Sila nyatakan sekiranya anda tidak mempunyai akaun pingje.org/tweeter/ig
***Pemilihan pemenang adalah menggunakan sistem random / cabutan bertuah.
***Penyertaan terbatal jika gagal mengikuti semua syarat ditetapkan.
***Hantarkan link penyertaan hanya di ruang komen sahaja.
***Hantarkan hanya 1 link penyertaan.
***Senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa.


Klik SINI untuk tengok senarai hadiah.

BEST OF LUCK
Read more ...

Saturday, June 14, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 14 Jun 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Demam Piala dunia 2014 Kembali Mengegar


Demam Piala Dunia kembali lagi. Ia merupakan kejohana sukan bola sepak antarabangsa yang paling terulung. Kini pesta bola sepak dunia bermula Sao Paulo, Brazil... Kali Terakhir Piala Ini dimenangi Oleh Sepanyol yang dianjurkan di Afrika Selatan pada tahun 2010 melalui jaringan Iniesta pada masa tambahan.

 Cek sokong negara Brazil dan Belanda.. Tapi sayang la Group A dgn Group B akan jumpa awal Pusingan sekiranya kedua-dua pasukan Layak..
Pilihan Utama cek adalah BRAZIL.. Pasukan Mana menjadi pilihan korang?

Nie Jadual Perlawanan Penuh pada keratan akhbar Berita Harian yang cek ambil pada 12 Jun 2014
Carta Perlawanan Penuh

Kump A : 
Mengikut Ranking FIFA Semasa (Release 5 Jun 2014):
Brazil :  3
Croatia:  18
Mexico : 20
Cameroon : 56
Ramalan chek : Brazil (1A) dan Mexico (2A) yang akan Layak ke peringkat Seterusnya..

Kump B : 
Mengikut Ranking FIFA Semasa (Release 5 Jun 2014):
Sepanyol :  1
Chile : 14
Belanda  15
Australia : 62
Finalis FWC 2010 juga bertembung didalam 1 Kumpulan.
Ramalan chek : Belanda (1B) dan Sepanyaol (2B) yang akan Layak ke peringkat Seterusnya..

Kump C : 
Mengikut Ranking FIFA Semasa (Release 5 Jun 2014):
Colombia : 8
Greece  : 12
Jepun :  46
Ivory Coast : 23
Ramalan chek : Ivory Coast (1C) dan Colombia (2C) yang akan Layak ke peringkat Seterusnya..

Kump D : 
Mengikut Ranking FIFA Semasa (Release 5 Jun 2014):
Uruguay : 7
Italy :  9
England : 10
Costa Rica  28
Kumpulan ini merupakan Kumpulan Maut yang dijangka 3 pasukan ranking teratas berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya.
Ramalan chek : Uruguay (1D) dan England (2D) yang akan Layak ke peringkat Seterusnya..

Kump E : 
Mengikut Ranking FIFA Semasa (Release 5 Jun 2014):
Switzerland : 6
Perancis : 17
Equador :  26
Hondurus : 33
Ramalan chek : Perancis (1E) dan Switzerland (2E) yang akan Layak ke peringkat Seterusnya..

Kump F : 
Mengikut Ranking FIFA Semasa (Release 5 Jun 2014):
Argentina : 5
Bosnia : 21
Nigeria :  44
Iran : 43
Ramalan chek : Argentina (1F) dan Bosnia (2F) yang akan Layak ke peringkat Seterusnya..

Kump G : 
Mengikut Ranking FIFA Semasa (Release 5 Jun 2014):
Jerman : 2
Portugal : 4
USA : 13
Ghana :  37
Ramalan chek : Jerman (1G) dan Ghana (2G) yang akan Layak ke peringkat Seterusnya..

Kump H : 
Mengikut Ranking FIFA Semasa (Release 5 Jun 2014):
Belgium : 11
Russia : 19
Algeria : 22
Korea Selatan :  57
Ramalan chek : Russia (1H) dan Belgium (2H) yang akan Layak ke peringkat Seterusnya..

tq.


Read more ...

Nuff

Recent Comment

Designed By Blogger Templates